HomeUtamaPelihara & kekalkan identiti budaya warisan bangsa -Japlin

Pelihara & kekalkan identiti budaya warisan bangsa -Japlin

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Identiti warisan bangsa dan budaya masyarakat yang kaya perlu dipelihara bagi memastikan kelangsungan etnik peribumi itu kekal diketahui oleh generasi baharu.

Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Samah Sabah, Datuk Japlin Akim berkata disamping kita rancak membangunkan negeri, kita juga tidak mengabaikan kepentingan adat dan budaya kita.

Katanya, ini kerana budaya merupakan aspek penting dalam kehidupan kita yang melambangkan identiti sesuatu bangsa, suku kaum dan etnik untuk terus dipelihara dan dimartabatkan untuk kepentingan kita dan generasi akan datang. 

“Perjuangan mempertahankan identiti kita harus diteruskan demi keperluan generasi akan datang. Generasi muda tidak boleh tunduk kepada kepuasan ini. Kita harus memelihara semua ini untuk generasi akan datang.

“Generasi muda perlu mempertahankan keunikan budaya yang ada sebagai teras kepada keharmonian kaum sejak dahulu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Program Persembahan Kesenian dan Kebudayaan Pelbagai Etnik
anjuran Persatuan Rumpun Bajau Samah cawangan Bandaraya Kota Kinabalu di Lintasan Deasoka Gaya Street di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah.

Japlin juga berharap persatuan ini dapat terus memelihara dan memartabatkan budaya ini serta mengekalkan semangat perpaduan dan keharmonian sesama kita. 

“Menerusi perpaduan dan kesatuan rakyat yang berbilang suku kaum dan etnik, kita akan dapat memacu transformasi pembangunan negeri ke tahap kejayaan yang lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya, program kesenian dan kebudayaan telah diadakan sejak tahun 2022 dan tahun ini merupakan program kebudayaan kali ke tiga diadakan. Pogram setiap tahun dinamakan Pesta Kebudayaan pada bulan Februari.

“Di Kampung Unggun Jaya sudah ada mini dewan Bajau Sama untuk membuat program kebudayaan.

“Sempena bulan kemerdekaan, program kesenian dan kebudayaan ini boleh dijadi contoh kepada pelancongan yang datang berkunjung ke Sabah terutama di Lintasan Deasoka” katanya.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Rumpun Bajau Samah cawangan Bandaraya Kota Kinabalu, Shamsuddin Awang Aman, Timbalan Masri Mansor, Naib Pengerusi Mohd Syum Majid, Setiausaha Awang Ali, Bendahari, Johan Walit, Ketua Penerangan, Madsa Awang Aman.

RELATED ARTICLES
Utama

Pengalaman Mengecewakan dengan Fly Pass Syarikat Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular