HomeUtamaTerus perkukuh perpaduan, jiwa merdeka demi pembangunan-Shahelmey

Terus perkukuh perpaduan, jiwa merdeka demi pembangunan-Shahelmey

Read Time:1 Minute, 25 Second

Putatan : Masyarakat diseru agar terus memperkukuhkan lagi perpaduan dan jiwa merdeka demi kelangsungan pembangunan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, perpaduan dan jiwa merdeka yang kukuh dalam masyarakat akan dapat melancarkan lagi agenda pembangunan di negeri ini.

“Marilah bersama-sama memelihara jiwa merdeka ini agar bebas daripada unsur perpecahan dan semoga perpaduan serta saling hormat-menghormati terus subur di kalangan kita.

“Kita di Putatan hidup bermasyarakat dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang dan etnik jadi marilah kita terus perkuatkan perkukuhkan perpaduan dan keharmonian yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Hari Sabah Peringkat Daerah Putatan 2024 di Dewan Sri Putatan, di sini semalam.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, dengan adanya perpaduan dan keharmonian, maka rakyat akan dapat membantu melancarkan serta menggerakkan agenda-agenda pembangunan.

Katanya, ia penting kerana agenda pembangunan kesejahteraan bukan hanya untuk rakyat pada masa ini sahaja tetapi untuk warga Putatan sepanjang masa.

“Kita inginkan Putatan sebagai satu daerah yang berada berhampiran dengan bandaraya Kota Kinabalu akan terus maju, makmur aman dan sentosa.

“Saya berharap jiwa merdeka akan terus kita dapat kita perkukuh bukan sahaja di kalangan mereka yang dewasa tapi seawal usia juga. Jadi marilah kita terus menjiwai jiwa merdeka dan semangat cintakan daerah, cintakan negeri dan negara ini terus disuburkan,” katanya.

Majlis yang bermula seawal 6.30 pagi itu dimulakan dengan acara larian merdeka sejauh 5km oleh kira-kira 1,000 peserta yang berdaftar untuk mengikuti larian tersebut.

Pameran dan servis bergerak oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan turut diadakan sepanjang majlis penutupan itu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Petagas Datuk Awang Ahmad Sah dan Pegawai Daerah Putatan Masawi Salleh.

RELATED ARTICLES
Utama

Bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular