HomeUtamaDua juruterbang Dron muda Thailand ungguli 'Drone MultiGP Sabah Chapter'

Dua juruterbang Dron muda Thailand ungguli ‘Drone MultiGP Sabah Chapter’

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kota Kinabalu : Dua juruterbang Dron muda dari Thailand berjaya mengungguli pertandingan ‘Drone MultiGP Sabah Chapter 2024’ yang berlangsung di Padang A, Kompleks Sukan Likas di sini baru-baru ini.

Pertandingan yang diadakan selama dua hari itu merupakan satu lagi pencapaian penting dalam komuniti perlumbaan dron yang semakin berkembang di rantau ini.

Majlis penyampaian hadiah dan penutupan disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Juruterbang Dron berusia sembilan tahun dari Thailand yang dikenali sebagai Pepper berjaya muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dan Naib Juara dimenangi rakan senegara Adithep dan membawa pulang hadiah wang tunai RM6,500.

Manakala tempat ketiga dimenangi Mohammad Afiq dari Johor, menunjukkan kehebatan di trek dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM4,500.

Acara itu telah menghimpunkan peminat dron, juruterbang, dan penonton dari seluruh Asia Tenggara dalam mempamerkan bakat dan inovasi luar biasa dalam sukan ini.

Sebanyak 32 juruterbang dron dari Thailand, Brunei, dan Malaysia telah mempamerkan kemahiran, ketepatan, dan semangat mereka dalam perlumbaan dron ini.

Arifin berkata, penganjuran program itu mampu menggalakkan inovasi teknologi dalam ini menyediakan platform untuk teknologi dron terkini selain menggalakkan inovasi di kalangan peserta.

Selain itu katanya, ia juga turut menggalakkan dan membangunkan belia dengan penglibatan juruterbang muda selain memberi inspirasi kepada generasi muda untuk membangunkan kemahiran teknikal dan semangat kesukanan.

“Program ini juga dapat membina komuniti bagi menghimpunkan peminat dron dan professional selain acara ini turut memperkukuhkan komuniti perlumbaan dron serantau melalui rangkaian dan kerjasama,” katanya.

Beliau turu mengucapkan tahniah kepada penganjur yang terlibat atas kejayaan penganjuran perlumbaan dron antarabangsa pertama di Sabah.

Arifin turut menyuarakan harapannya agar pertandingan ini akan menjadi acara tahunan selain meletakkan Sabah sebagai pemain utama dalam komuniti perlumbaan dron global. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

PBS, Sabah STAR anjur Rumah Terbuka Krismas 25 Dis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular