HomeUtamaGolongan belia perlu bijak berkomunikasi dalam menyampaikan pendapat

Golongan belia perlu bijak berkomunikasi dalam menyampaikan pendapat

Read Time:1 Minute, 45 Second

Kota Kinabalu : Golongan belia masa kini harus bijak dalam berkomunikasi khususnya dalam menyampaikan pendapat secara lisan mahupun bertulis.

Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Azrul Ibrahim berkata, Kerajaan turut menyalurkan peruntukan besar bagi tujuan menghakupayakan belia di negeri ini melalui pelan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Katanya, inisiatif seperti ini adalah bertujuan untuk memastikan golongan belia bukan sahaja cemerlang dalam pelbagai bidang tetapi juga berdaya saing dalam pasaran global.

“Justeru, penganjuran bengkel seumpama ini penting untuk melahirkan belia yang bukan sahaja baik dalam pengucapan awam tetapi juga mampu mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam dunia pengacaraan.

“Bengkel ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengacaraan, tetapi juga untuk memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan belia melalui komunikasi yang berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan bengkel pengacaraan dan komunikasi berkesan,  seni bicara merdeka yang dianjurkan sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Sabah 2024  di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Acara ini berjaya menarik seramai 100 orang belia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan tempat dari seluruh Sabah.

Ia juta menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang pengacaraan dan komunikasi di kalangan belia negeri ini.

Bengkel itu menampilkan beberapa penceramah jemputan yang berwibawa, termasuk Safwan Sawi, penerima Anugerah Wartawan Muda A. Samad Ismail, yang berkongsi pengalaman luasnya dalam bidang kewartawanan dan pengucapan awam, selain itu Dell Idris, seorang perunding imej terkenal, turut berkongsi ilmu mengenai kepentingan penampilan.

Penganjur acara, Enn Xaviera yang juga seorang pengacara TV  dan pentas, menyatakan rasa bangganya melihat semangat peserta yang begitu berkobar-kobar untuk menimba ilmu dan kemahiran baharu.

Bengkel ini turut menampilkan beberapa aktiviti praktikal, termasuk simulasi pengacaraan dalam pelbagai genre majlis. 

Aktiviti ini mendapat sambutan hangat dan berjaya mencungkil bakat-bakat baharu yang berpotensi besar dalam bidang ini.

Dua anugerah khas turut diberikan iaitu Anugerah Peserta Paling  dan Anugerah Peserta Paling Karismatik.

Anugerah ini diberikan bagi menghargai usaha dan komitmen peserta yang menunjukkan prestasi luar biasa sepanjang bengkel.

Bengkel ini juga diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada generasi muda untuk lebih yakin dan berani dalam menyampaikan mesej mereka dengan berkesan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah dijangka alami hujan berterusan mulai Sabtu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular