HomeUtamaSUKMA 2024 : Muaythai Sabah raih dua emas, dua perak

SUKMA 2024 : Muaythai Sabah raih dua emas, dua perak

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kuching : Dua pingat emas berjaya diraih atlet Sabah menerusi sukan Muaythai dalam acara Mai Muaythai (Seni Duo) Wanita dan Wai Kru (Seni Solo) Wanita yang berlangsung di Paragon Mall Bintulu petang tadi.

Bagi acara Mai Muaythai (Seni Duo) Wanita ia dimenangi atlet Sabah Jezzevelle Jerry dan Myra Arina Roslan menewaskan atlet dari Sarawak.

Manakala bagi acara Wai Kru (Seni Solo) Wanita, ia dimenangi oleh Yan Jia Chi pada peringkat akhir.

Wai Kru (Seni Solo) Wanita, dimenangi oleh Yan Jia Chi

Selain itu, atlet Muaythai turut menghadiahkan dua pingat perak menerusi atlet Muhammad Iftikharsyahlan  As Roslan @ Zakaria (Wai Kru (Seni Solo) Lelaki dan Mai Muaythai (Seni Duo) Lelaki yang diwakili Asyraf Danial Abdul Latif dan Marshall Jayden Jerry.

Mai Muaythai (Seni Duo) Wanita ia dimenangi atlet Sabah Jezzevelle Jerry dan Myra Arina Roslan

Turut menghadiahkan pingat perak buat Sabah adalah atlet angkat berat, Irene Jane Henry bagi acara 45 kg wanita; olahraga bagi acara lontar peluru lelaki yang diwakili Pang Hong Seng Pang dan kuartet 4 x 400 meter lari berganti-ganti campuran.

Sementara itu, sebanyak lima pingat gangsa turut diraih Sabah pada hari ini menerusi atlet berbasikal Farisha Nur Umairah Zairi (BMX Race) wanita; Mark Dylan Marcus bagi sukan angkat berat (61 kg) lelaki; Eljoe Gotuoh bagi acara lompat kijang lelaki dan Emmanuel Yung Ming Loh bagi acara 100 meter gaya kuak dada lelaki.

Sehingga jam 7.30 malam ini, Sabah menduduki tangga kelima dengan pungutan pingat 10 emas; sembilan perak dan 17 gangsa. – SABAH MEDIA / FOTO KBS Sabah

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular