HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot bawa penumpang melebihi had dibenarkan

Maritim Malaysia tahan bot bawa penumpang melebihi had dibenarkan

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan W.P Labuan berjaya menahan sebuah bot yang disyaki tidak mengikut peraturan yang ditetapkan kerana membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan di sini baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya telah mengesan dan menahan bot penumpang tersebut di Perairan Kota Kinabalu iaitu pada jarak lebih kurang 0.56 Batu Nautika Selatan Pulau Mamutik, Sabah.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati selain nombor pendaftaran pada badan bot tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, nombor siri enjin juga tidak sama seperti yang tercatat dalam lesen.

“Bot bersama juragan seterusnya ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Sepanggar untuk siasatan lanjut. Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah hampir RM80,000,” katanya dalam kenyataan di sini.

Suhaimi berkata, Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan dan mengoptimumkan pengoperasian bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau maklumat berkenaan salah laku atau aktiviti jenayah di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan di talian 088-387774 atau talian kecemasan NG999 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KKFVA, STB capai persetujuan jalin kerjasama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular