HomeUtamaOrang ramai dipelawa hadir meriahkan Hari Sabah 31 Ogos ini

Orang ramai dipelawa hadir meriahkan Hari Sabah 31 Ogos ini

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai khususnya di sekitar daerah ini dan kawasan berhampiran adalah dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Sabah 2024 yang akan diadakan pada 31 Ogos ini bertempat di Padang Merdeka di sini.

Sambutan yang bermula seawal jam 6 petang  itu akan dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan berkata, sambutan pada tahun ini amat signifikan kerana ianya diraikan satu tema dengan Hari Kebangsaan iaitu ‘Malaysia Madani Jiwa Merdeka’.

“Konsep ini memberikan ruang untuk menerima perubahan yang amat ketara pada kali ini ialah perayaan Hari Sabah disambut bersamaan dengan Hari Kebangsaan. Ini juga memberikan kita satu kesedaran tentang maksudnya kemerdekaan iaitu bebas dari penjajahan.

“Diharapkan perayaan ini akan memberi impak dan kesedaran kepada rakyat terutama sekali tentang pembetulan sejarah yang tercicir seperti apa yang berlaku dokumen MA63 dan proklamasi Malaysia pada 16 September 1963,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi temubual bersama SABAHfm dan rakaman segmen Kami Bah Ini! (KBI) di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini, semalam.

Jeffrey berkata, sempena sambutan itu nanti, pelbagai program akan diadakan yang bermula 24 Ogos ini.

“Antaranya konsert, pameran bersejarah, ceramah kemerdekaan, tamu-tamu, perarakan kereta berhias dan banyak lagi. Oleh itu, semua dijemput hadir bersama-sama memeriah Hari Sabah pada kali ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Sabah 2024 berharap generasi muda akan menggunakan peluang kemerdekaan untuk memainkan peranan agar Sabah dan Malaysia lebih maju.

“Generasi muda perlu tahu sejarah dan mereka juga perlu belajar daripada sejarah tentang perjuangan untuk kita yang ada sekarang ini.

“Semoga generasi muda dapat menggunakan peluang ini supaya Sabah dan Malaysia lebih maju dan potensi-potensi kita dapat diusahakan untuk kemakmuran negara kita,” katanya.

Jeffrey turut menjemput orang ramai untuk hadir ke sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024 yang akan disambut pada sebelah pagi hari yang sama.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular