HomeSukanSUKMA 2024 : Sepak Takraw wanita hampir menepati sasaran pingat

SUKMA 2024 : Sepak Takraw wanita hampir menepati sasaran pingat

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kuching : Skuad Sepak Takraw wanita Sabah hampir menepati sasaran untuk membawa pulang empat pingat emas selepas menyapu bersih pingat emas dalam kategori berpasukan, quadrants dan beregu yang berlangsung di Stadium Muhibah Bintulu Sarawak.

Emas pertama yang diraih skuad wanita sebelum ini adalah menerusi kategori berpasukan pada 16 Ogos lalu.

Bagi emas kedua, skuad wanita Sabah berjaya menewaskan Sarawak 2-0 bagi kategori quadrants gandingan Fisydiana Faradona; Nadillatul Rosmahani Saidin; Nurshazreyana Edy dan Rohaizan Rojer @ Harun.

Emas ketiga pula diraih menerusi kategori beregu gandingan Nazira Hani Iskandar @ Jali dan Veronica menewaskan Perlis 2-0.

Esok skuad Sepak Takraw wanita akan bertanding untuk acara regu sekaligus mahu mencapai sasaran pingat emas yang disasarkan sebelum ini.

Sementara itu, Sabah turut meraih beberapa pingat gangsa hari ini menerusi atlet Olahraga, Nikos Tai Lee On Tai dalam acara 10,000 meter; Adriaannie Jane Jasrin (Angkat Berat Wanita 49 kg; Villon Ryan Munsin (Angkat Berat Lelaki 67kg); Sherleyne Jounis (Angkat Berat Wanita 55kg); Reynolds Jc Majin (Lompat Tinggi Lelaki) dan Pengiran Aidil Auf Hajam @ Pg Roslie (200 meter).

Selain itu, turut meraih pingat gangsa hari ini adalah Mohammad Ahsan Atta-Ur-Rahman (1,500 meter lelaki); Jubo Nage No Kata menerusi gandingan Chung Zi Yao dan Peadar Ezra Augustin.

Kuartet 4×400 meter lari berganti-ganti lelaki menerusi gandingan Aubrey Aron; Muhammad Fahami Samsudin; Edrick Feivel Florentius dan Muhammad Khalil Helmi turut meraih pingat gangsa.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular