HomeSukanSUKMA 2024 : Tiga lagi pingat emas berjaya diraih skuad Muaythai Sabah

SUKMA 2024 : Tiga lagi pingat emas berjaya diraih skuad Muaythai Sabah

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kuching : Sukan Muaythai terus menuai pingat emas untuk Sabah selepas berjaya memperoleh tiga pingat emas pada SUKMA Sarawak 2024 hari ini.

Jumlah itu sekaligus membolehkan skuad Muaythai Sabah menjadi antara penyumbang pingat emas terbanyak setakat ini dengan lima pingat emas; tiga perak dan dua gangsa.

Tiga pingat emas yang diraih pada hari ini adalah menerusi Eva Anatasia Warren dalam acara kombat 45-48kg wanita;

Stacy Poong Dai Hee pula menang emas dalam acara sama bagi kategori 54-57kg wanita dan Hellmi Samsir yang melengkapkan kejayaan membanggakan skuad muaythai dengan emas ketiga hari ini dan kelima keseluruhan.

Dua lagi emas dimenangi skuad muaythai pada Isnin lalu menerusi  gandingan Jezzevelle Myora Jerry dan Myra Roslan dalam acara seni duo  mai muaythai wanita dan Yan Jia Chi dalam seni solo wai kru wanita.

Lima pingat emas, tiga perak dan dua gangsa dari keseluruhan 18 pingat emas yang ditawarkan dari sukan muaythai  meletakkan Sabah di kedudukan kedua terbaik di kalangan 15 pasukan yang bertarung pada SUKMA Sarawak kali ini.

Dalam pada itu, Sabah turut meraih pingat Perak menerusi beberapa acara, antaranya Skuasy Beregu Wanita menerusi gandingan Doyce Ye San Lee dan Xin Ying Yee; Muhammad Rahmad Raman Ali Chanra (Muaythai 42-25 kg lelaki); Akuatik Terjun 10 meter platform seirama lelaki menerusi Julfaddli Jali dan Muhammad Anilrian Normatr Abdullah.

Selain itu, turut meraih pingat perak ada Loo Yie Bing menerusi acara 100 meter gaya bebas wanita. – SABAH MEDIA / FOTO MUAYTHAI SABAH

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular