HomePolitikTaktik kotor, tidak beretika cerminan budaya parti pembangkang - Masiung

Taktik kotor, tidak beretika cerminan budaya parti pembangkang – Masiung

Read Time:1 Minute, 25 Second

TONGOD: Pembentukan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang menerajui kerajaan negeri bukan sahaja digeruni lawan namun dasar baharu yang diperkenalkan kepada rakyat turut dicemburui pembangkang, kata Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah.

Justeru, beliau menyifatkan pemimpin parti pembangkang di Sabah yang menemui jalan buntu mencari titik persamaan terpaksa menggunakan taktik kotor demi mencari kuasa yang hilang.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Penangah, semalam yang dihadiri lebih 500 penyokong parti itu di Dewan Terbuka Penangah.

Katanya, kegagalan pemimpin pembangkang mencari hela kelemahan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) beberapa pengikutnya terpaksa mencipta taktik kotor dan tidak beretika yang jelas mencerminkan budaya parti mereka.

“Apa yang kita nampak sekarang mereka terpaksa mencipta cerita kotor termasuk menyebarkan video untuk memfitnah pemimpin yang menyukarkan modus operandi mereka.

“Pemimpin dan penyokong pembangkang yang pengecut ini terpaksa menabur fitnah kerana takut berhadapan dengan politik secara sihat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Jika mereka mempunyi bukti kukuh, mereka boleh menggunakan pihak berkuasa untuk mendakwa saya ke Mahkamah, ” tegasnya.

Minggu lalu, polis menerima empat aduan berhubung penyebaran video berunsur fitnah yang mengaitkan nama Masiung dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Wakil Rakyat Kuamut itu, mencabar kepada penabur fitnah berkenaan supaya berdepan dengan beliau dalam perdebatan berhubung projek Kilang Klinker dan Simen di Tongod dan isu Rumah Pangsa Tanjung Aru di Kota Kinabalu.

Masiung berkata, beliau tidak akan berundur dengan karenah fitnah kerana beliau diangkat oleh rakyat untuk memimpin Kuamut.

Katanya, tidak salah bagi mereka bercita-cita mahu kembali berkuasa tapi biarlah berpolitik secara sihat.

Menurutnya, rakyat di luar sana tidak perlu dibohongi dengan fitnah kerana ramai kalangan rakyat lebih matang dan berpendidikan tinggi berbanding pemimpin yang suka penyebar fitnah.

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular