HomeUtamaBerjuang sampai habis, berkat dan doa - Mohd Ibnu

Berjuang sampai habis, berkat dan doa – Mohd Ibnu

Read Time:1 Minute, 12 Second

Keningau:   Ungkapan syukur dan terima kasih tidak putus-putus di bibir Penerima Anugerah Pingat Emas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Mohd Ibnu Al-Khair Awang Besar.

Paling mengujakan apabila Mohd Ibnu, 23, dilihat sentiasa menggenggam tangan ibu, Aisyah Abdullah dan bapanya, Awang Besar Omar dari bawah pentas hinggalah selesai acara penganugerahan tertinggi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Dewan Tun Sakaran, IPDAS Keningau di sini semalam.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT, pertama sekali saya berterima kasih kepada ibu bapa yang sudah mendoakan saya dan menyokong saya, dengan keberkatan mereka dan guru-guru saya berada di sini sekarang.

“Pahit manis kehidupan saya semasa belajar terbalaskan, perjuangan saya dengan anugerah yang saya peroleh hari ini,” katanya.

Graduan Diploma Dakwah Islamiah yang berasal dari Kg Pelakat, Sipitang itu merancang untuk menyambung pengajiannya secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) memandangkan beliau kini sudah bekerja sebagai Penolong Dakwah JHEAINS di Sipitang.

Anak kedua daripada empat adik beradik itu juga tidak kedekut dengan tips kejayaannya untuk dijadikan panduan kepada para pelajar lain.

“Pertama, berjuang sampai habis, kedua keberkatan yang paling afdal ialah ibu bapa dan guru-guru berbuat baiklah dengan mereka, bantu mereka dan seterusnya doa daripada ibu bapa dan guru-guru agar permudahkan sama ada dalam peperiksaan atau apa juga urusan inshaAllah,” katanya.

Mengidolakan Rasulullah SAW, Mohd Ibnu berazam untuk menabur bakti dan menyebarkan dakwah kepada umat Islam sebagai guru agama.

RELATED ARTICLES
Utama

Rebut peluang pendidikan yang disediakan Kerajaan – Ruslan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular