HomePendapatGaji bermaruah tingkat produktiviti pekerja

Gaji bermaruah tingkat produktiviti pekerja

Read Time:6 Minute, 32 Second

Oleh : WAN AZRAIN ADNAN

1.        Pada minggu lepas, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pelarasan gaji kakitangan awam, di mana Skim Saraan Malaysia (SSM) di ganti dengan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Pelarasan gaji ini di anggarkan berjumlah lebih RM 10 billion setahun, yang akan di bentangkan secara terperinci pada Belanjawan 2025 nanti.

2.        Ini adalah susulan kepada pengumuman kenaikan gaji penjawat awam yang telah di buat oleh Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mei 2024, sempena sambutan Hari Pekerja 2024.

3.        Secara ringkasnya, pelarasan gaji berkenaan melibatkan kadar di antara 7% – 15% mengikut kumpulan penjawat awam dan di laksana menerusi 2 fasa:

4.        Perdana Menteri Malaysia turut memaklumkan bahawa pelarasan gaji ini di laksanakan menerusi dua fasa dengan mengambil kira kekangan kewangan Kerajaan Malaysia kerana ianya melibatkan jumlah perbelanjaan yang besar. Dan pelaksanaan secara berfasa juga akan dapat mengelakkan peningkatan inflasi secara mendadak.

5.        Sebagai contoh. Kiraan pelarasan gaji penjawat awam:

6.        Pelarasan gaji ini sudah pasti memberi kegembiraan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam, memandangkan sudah lebih 10 tahun penjawat awam tidak menikmati pelarasan gaji besar, sejak semakan terakhir pada tahun 2013.

7.        Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di laporkan berkata bahawa pelarasan gaji berkenaan adalah hadiah yang sangat besar dan bermakna kepada para guru. Ini di jangka akan dapat mengurangkan trend guru bersara awal ketika ini.

8.        Dengan pelarasan gaji berkenaan, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia pula menjangkakan lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya bakat muda, berminat untuk menyertai perkhidmatan awam.

9.        Perkhidmatan awam wajar menjadi pilihan utama bakat muda negara, setanding dengan sektor swasta. Suatu ketika dahulu, perkhidmatan awam negara adalah pilihan utama kepada ramai top achiever dari universiti terkemuka tempatan dan dunia. Namun begitu, dengan kemajuan negara, sektor swasta yang berkembang pesat telah berjaya menarik ramai top achiever dengan prospek kerjaya yang dinamik dan pendapatan yang lumayan.

10.      Penglibatan bakat muda top achiever di dalam perkhidmatan awam boleh melonjakkan pembangunan negara, menerusi pelaksanaan dasar dan polisi yang fresh dan berkesan. 

11.      Di samping itu, antara cabaran utama penjawat awam ketika ini ialah menangani dua pandangan negatif rakyat terhadap perkhidmatan awam negara, iaitu:

  • produktiviti kerja yang rendah
  • ketidakcekapan dan salah-laku yang meluas

Samada ini adalah persepsi semata-mata, itu adalah cabaran kepada penjawat awam untuk tangani agar dapat memenangani kembali kepercayaan rakyat.

12.      Dengan pelarasan gaji ini, bagaimana pula nasib pekerja di sektor swasta?

13.      Persoalan ini penting kerana majoriti pekerja di Malaysia bekerja di sektor swasta. Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2024 menunjukkan terdapat sejumlah 16.40 juta penduduk bekerja di Malaysia. Dengan kiraan dan andaian mudah, ini bermakna penjawat awam hanyalah merangkumi sekitar 10% (1.6 juta orang) dari jumlah keseluruhan pekerja negara.  

14.      Rata-rata, sejumlah besar pekerja di Malaysia menerima pendapatan yang kecil. Situasi ini telah menyebabkan ramai menghadapi kesukaran menjalani kehidupan bermaruah akibat cabaran kos sara hidup yang terus meningkat tinggi.

15.      Sebagai contoh. Laporan Statistik Upah Pekerja Sektor Formal Suku Pertama 2024 oleh DOSM menunjukkan:

  • Median Upah Bulanan nasional adalah RM 2,844
  • lebih 31% pekerja menerima upah bulanan di bawah RM 2,000
  • lebih 7% pekerja menerima upah bulanan di bawah RM 1,500, iaitu kadar Gaji Minimum ketika ini

Malah, beberapa negeri dan wilayah telah merekodkan median upah bulanan yang jauh lebih rendah dari kadar nasional: Kelantan (RM 1,645), Perlis (RM 1,682) dan Sabah (RM 1,882).

16.      Selain itu, Laporan Survei Pendapatan Isi rumah 2022 oleh DOSM menunjukkan banyak isi rumah/ households yang memiliki pendapatan boleh guna/ disposable income yang kecil:

  • hampir 50% isi rumah memiliki pendapatan boleh guna kurang daripada RM 5,000 sebulan
  • lebih 7% memiliki pendapatan boleh guna kurang daripada RM 2,000 sebulan

17.      Bersandarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah di tetapkan oleh Kerajaan Malaysia, ini bermakna:

  • sekitar 45% pekerja memperolehi upah bulanan di bawah PGK (RM 2,589)
  • sekitar 20% isi rumah memiliki pendapatan boleh guna di bawah PGK (RM 2,589)

18.      Justeru itu, untuk mendorong kenaikan gaji pekerja di seluruh negara, Kerajaan Malaysia boleh mengguna-pakai mekanisma Gaji Minimum. Penetapan kadar Gaji Minimum yang baru akan dapat meningkatkan gaji pekerja sektor swasta, selari dengan pelarasan gaji penjawat awam terkini.

19.      Memperakui paras gaji pekerja negara yang rendah, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan dasar Gaji Minimum pada tahun 2012. Sejak itu, kadar Gaji Minimum telah di naikkan beberapa kali dari RM 900 (2012) kepada RM 1,500 (2022), iaitu peningkatan melebihi 65% dalam tempoh masa 10 tahun.

Kenaikan kadar Gaji Minimum berkenaan di buat dengan mengambil-kira kenaikan kos sara hidup rakyat.

20.      Kini, semua pihak berkepentingan sedang menanti penetapan kadar Gaji Minimum baru, yang di selaraskan setiap 2 tahun. Beberapa hari lepas, Menteri Sumber Manusia Malaysia telah memaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KESUMA) telah menerima cadangan kadar Gaji Minimum baru dari Majlis Perundingan Gaji Negara.

Menurut beliau, cadangan ini akan di bentangkan di dalam Mesyuarat Kabinet Menteri Malaysia pada bulan hadapan.

21.      Persoalannya: berapakah kadar Gaji Minimum yang sesuai dengan kos sara hidup masakini?

22.      Mungkin kadar Gaji Minimum baru yang sesuai ialah di antara RM 1,600 – RM 1,800, iaitu kenaikan antara RM 100 – RM 300 (7% – 20%). Ini kerana sebarang kenaikan kadar Gaji Minimum mesti turut mengambil kira kemampuan majikan untuk menampung kenaikan kos pekerja, terutamanya Perusahaan Mikro Kecil & Sederhana (PMKS) yang merangkumi hampir 50% jumlah pekerja negara. 

Kadar Gaji Minimum negara tidak sepatutnya menjejaskan kesejahteraan ekonomi negara, di mana pekerja bahagia tetapi majikan sengsara.

23.      Malah, beberapa hari lepas, Presiden Malaysian Employers Federation (MEF) telah mencadangkan supaya Kerajaan Malaysia mempertimbangkan pengecualian Perusahaan Mikro Kecil & Sederhana (PMKS) dari pelaksanaan dasar Gaji Minimum, seperti di Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.

Menurut beliau, ketika ini PMKS sedang mengalami isu aliran wang tunai dan hanya meraih keuntungan kecil di antara 5% – 10%.

24.      Sebaliknya, beliau mencadangkan agar PMKS di benar untuk menawarkan gaji yang berpatutan dan termampu kepada pekerja, daripada terpaksa membayar gaji tinggi mengikut kadar Gaji Minimum yang akhirnya boleh menyebabkan kepada penutupan perniagaan.   

25.      Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan dasar Gaji Progresif beberapa bulan lepas. Dasar baru ini bertujuan untuk meningkatkan gaji pekerja selari dengan peningkatan produktiviti. Pelaksanaan Gaji Progresif di lihat sebagai melengkapi inisiatif gaji sediada, iaitu Gaji Minimum dan Productivity-Linked Wage System (PLWS).

26.      Fakta menarik. Ketika ini, Projek Rintis Gaji Progresif sedang di laksanakan oleh Kerajaan Malaysia:

27.      Sebagai contoh. Bersandarkan kadar Dasar Gaji Progresif (DGP) untuk pelbagai pekerjaan di Malaysia, insentif yang akan di berikan oleh Kerajaan Malaysia kepada syarikat adalah:

28.      Kejayaan dasar gaji negara bergantung kepada peningkatan produktiviti pekerja. Jika gaji pekerja meningkat tanpa peningkatan produktiviti, sudah pasti majikan akan mengalami ‘kerugian’ kerana terpaksa menampung kos pekerja yang lebih tinggi tanpa mendapat ‘keuntungan’ sewajarnya.

Seterusnya, negara juga akan rugi apabila kos pekerja yang tinggi tanpa produktiviti yang sama tinggi boleh melemahkan daya-saing negara.

29.      Menurut laporan World Competitiveness Ranking (WCR) 2024 yang di terbitkan oleh International Institute for Management Development (IMD), nilai produktiviti pekerja yang tinggi akan meningkatkan daya-saing sesebuah negara.

30.      Gaji bermaruah, rakyat bertuah. Produktiviti meningkat, majikan makmur. Rakyat bahagia, negara sejahtera.   

RELATED ARTICLES
Pelancongan Regatta Lepa
PendapatUtama

Industri Pelancongan Memacu ekonomi Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular