HomeSukanSUKMA 2024 : Skuad bola sepak wanita Sabah ke peringkat akhir

SUKMA 2024 : Skuad bola sepak wanita Sabah ke peringkat akhir

Read Time:39 Second

Kuching : Pasukan bola sepak wanita Sabah menempah tiket ke peringkat akhir dengan kemenangan besar 6-0 ke atas Wilayah Persekutuan pada perlawanan separuh akhir di Stadium Negeri, di sini petang semalam

Sabah sebelum itu mendahului 5-0 pada separuh masa pertama.

Kedudukan selesa itu memberi ruang kepada Sabah merehatkan beberapa pemain pada babak kedua dengan melakukan lima pertukaran tetapi masih menguasai permainan dan menambah satu jaringan.

“Saya gembira dan puas hati dengan kemenangan itu. Ini satu lagi suntikan semangat buat kami menghadapi perlawanan akhir Khamis ini.

“Semua pemain berada dalam keadaan baik dan saya fikir kami bersedia menghadapi perlawanan akhir walaupun siapapun pasukan yang bakal kami hadapi,” kata ketua jurulatih, Petronella Douny.

Sabah akan berhadapan Selangor pada peringat akhir yang akan berlangsung esok. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FA (Wanita)

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular