HomeUtamaBantuan dana YPT tersedia untuk pelajar Tongod lanjut pengajian tinggi - Masiung

Bantuan dana YPT tersedia untuk pelajar Tongod lanjut pengajian tinggi – Masiung

Read Time:1 Minute, 14 Second

TONGOD: Golongan pelajar di daerah ini wajar merebut peluang keemasan untuk melanjutkan pendidikan tertinggi hingga ke luar negara menerusi bantuan dana Yayasan Pendidikan Tongod (YPT) yang kini telah tersedia, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Masiun berkata, selepas YPT dilancarkan awal tahun ini, slot dana itu belum diisi olah mana-mana pelajar setakat ini.

“Dana tersedia yayasan ini terbuka kepada pelajar cemerlang atau yang telah bekerja untuk mendalami ilmu di peringkat tertinggi luar negara, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis aspirasi penyampaian bantuan pelajar tingkatan enam dan kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sekolah Menengah Kebangsaan Tongod, semalam.

Seramai 27 pelajar yang telah menamatkan pengajian menengah tingkatan enam atas termasuk dua pelajar cemerlang SPM tahun lalu menerima sumbangan wang tunai dari Masiung.

Program itu dianjurkan oleh Biro Pendidikan dan Kerjaya, Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) Bahagian Kuamut yang dipengerusikan bekas seorang pendidik, Jalilah Apiang.

Menurut Masiung, pelajar yang menamatkan pengajian tingkatan enam secara automatik menjadi duta kecil kepada masyarakat yang celik dalam pembungan sosial.

Katanya, bekas pelajar menengah itu juga hendaklah menjadi ikon perubahan kepada keluarga dan sekali gus menjadi idola generasi muda.

” Sebelum melangkah ke peringkat universiti atau ke alam pekerjaan etika sebagai pelajar yang berjaya hendaklah menjadi aspirasi masyarakat.

“Sebagai golongan muda anda perlu muncul sebagai hero untuk membela maruah daerah Tongod yang kini diletakkan sebagai daerah termiskin di negara ini,” tambah beliau.

Hadir sama Pengetua SMK Tongod, Rasilan Rohny dan Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Lasjamin Unggat.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular