HomeUtamaJelyscka dinobatkan dua Anugerah Sijil Pelatih Cemerlang, Program Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu

Jelyscka dinobatkan dua Anugerah Sijil Pelatih Cemerlang, Program Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu

Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jelyscka Jango, 33, dinobatkan dua Anugerah Sijil Pelatih Cemerlang iaitu Pelatih Terbaik Keseluruhan dan Pelatih Terbaik Akademik dalam Program Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu Sesi 2023/2024.

Anugerah Sijil Pelatih Cemerlang itu disampaikan Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) I, Hendrus Anding sempena Majlis Konvokesyen ke-28 Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, Putatan di Dewan Serbaguna MAFFI, Wisma Pertanian Sabah di sini, hari ini.

Jelyscka anak keenam dari sepuluh orang adik beradik berasal dari Tambunan berhasrat ingin membuka ladang nenas di kampung halamannya sekali gus ingin menjadi usahawan yang berjaya.

“Saya tidak sangka saya dinobatkan dua anugerah cemerlang ini, saya berterima kasih kepada ibu saya yang selalu mendorong dan memberi sokongan kepada saya dalam bidang pertanian ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah itu.

Jelyscka yang juga pernah bekerja di sebuah syarikat institusi kewangan berpusat di Kuala Lumpur selama enam tahun bertekad berhenti bekerja dan kembali ke Sabah kerana ingin menceburi dalam bidang pertanian.

“Saya dilahirkan dari keluarga petani, jadi saya rasa sudah tiba masanya saya teruskan tradisi ini tapi dalam cara yang lebih efisien iaitu mengikuti kursus pertanian.

“Sejak kembali ke Sabah pada tahun 2021 saya cuba menanam lada putih, ia berhasil tapi tidak produktif jadi saya ternampak iklan di Facebook pengambilan Kursus Pertanian anjuran Jabatan Pertanian Sabah, saya terus memohon dan diterima sebagai pelatih,” kongsinya.

Beliau yang mengambil kursus Projek Inkubator Pembiakan Tanaman, Landskap dan Fertigasi dalam program itu berkata banyak input yang boleh diaplikasikan dalam bidang pertanian sepanjang sepuluh bulan belajar di pusat itu.

“Pengalaman belajar yang paling berharga, banyak input yang boleh saya aplikasikan di luar nanti dan saya berharap saya akan menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang pertanian khususnya penanaman nenas di Tambunan,” katanya.

Pada Majlis Konvokesyen itu , seramai 31 graduan menerima Sijil Keusahawanan Pertanian Bersepadu Sesi 2023/2024.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular