HomeUtamaKanak-kanak lelaki lapan tahun ditemui rentung, kebakaran rumah di Lahad Datu

Kanak-kanak lelaki lapan tahun ditemui rentung, kebakaran rumah di Lahad Datu

Read Time:52 Second

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui rentung dalam satu kejadian kebakaran rumah di Kampung Telisai di sini, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Qalish Abdul Jumain ditemui rentung di ruang bilik rumah berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 9.46 malam tadi (21 Ogos) sepasukan bomba dari Balai Bomba Lahad Datu dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda Sahabat bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus dan tiga buah motosikal turut musnah dalam kebakaran itu.

“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran menggunakan sumber air dari tangki Jentera Bomba dan pili Bomba berhampiran.

“Terdapat seorang mangsa kanak-kanak lelaki ditemui rentung pada jam 20.59 di ruang bilik.

“Mangsa rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi ditamatkan sepenuhnya setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud pada jam 12.45 tengah malam.

RELATED ARTICLES
Utama

Speaker DUN disaran beri ruang pelajar IPT kenali institusi Parlimen, DUN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular