HomeUtamaKerajaan Sabah ikut langkah Kerajaan Persekutuan selaras gaji penjawat awam negeri

Kerajaan Sabah ikut langkah Kerajaan Persekutuan selaras gaji penjawat awam negeri

Read Time:52 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah akan mengikut langkah Kerajaan Persekutuan berhubung penyelarasan gaji penjawat awam di negeri ini

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pembayaran gaji itu dijangka akan dilaksanakan Disember ini.

“Kita memang akan selaraskan pembayaran gaji mengikut apa yang telah di rancang oleh Kerajaan Persekutuan. 

“Jadi kita akan bayar mengikut apa yang diputuskan. InsyaAllah akan dibayar Disember, ” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika   ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian European Wellness Premier Center di Kota Kinabalu di sini hari ini.

Pada 16 Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).

Katanya, pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini akan dilaksana secara berfasa, iaitu bermula 1 Disember 2024 bagi fasa satu dan 1 Januari 2026 bagi fasa dua.

Setakat ini, dua negeri turut ikut sama dalam pelarasan gaji penjawat awam ini termasuk Perak dan Terengganu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Empat perkara berkaitan MA63 belum memperoleh sebarang persetujuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular