HomeUtamaPelbagai acara menarik disediakan sempena Hari Kebangsaan

Pelbagai acara menarik disediakan sempena Hari Kebangsaan

Read Time:2 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu: Pelbagai acara menarik disediakan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini selain kejutan akan berlaku pada 31 Ogos ini.

Ketua Urusetia Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2024, Dayang Selha Ibrahim berkata, sebanyak 175 kontinjen akan menyertai perbarisan lintas lalu sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Katanya, penyertaan tersebut terdiri daripada kementerian persekutuan, negeri, sekolah, badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya .

Menurutnya, penyertaan tersebut lebih banyak berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 125 kontinjen.

“Sebenarnya banyak acara menarik yang disediakan bagi sambutan 31 Ogos ini banyak program yang telah diaturkan antaranya perbarisan dan kelainan pada tahun ini kita akan ada satu kejutan untuk mengetahui apa kejutan tersebut orang ramai dijemput hadir bersama di Jalan Tun Fuad Stephens.

“Dan Hari Sabah kita ada program yang berbeza iaitu pada malam 31 Ogos di Padang Merdeka seperti konsert, kereta berhias di bawah anjuran Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI).

“Kita harapkan pada tahun ini sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah bagi tahun 2024 meriah dan orang ramai juga dijemput hadir untuk memeriahkan bersama dalam sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2024.

“Sama-sama kita war-warkan kepada semua orang untuk datang bawalah saudara mara dan anak-anak yang belum pernah melihat bagaimana meriahnya sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah pada 31 Ogos depan dan saya berharap dengan adanya sambutan seperti ini akan dapat menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di sabah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai sesi temubual segmen ‘Morning Kinabalu’ di konti Kupi-Kupi FM bersama DJ Niz dan Felix Agus, di sini semalam.

Dayang Selha yang juga merupakan Setiausaha Rendah Bahagian Pemantauan Agensi Awam dan Pelaburan, Kementerian Kewangan Negeri Sabah (MOF) berkata, Kementerian Kewangan telah dilantik sebagai penganjur bagi sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah bagi tahun 2024 dan ini merupakan penganjuran kali kedua di bawah MOF.

“Sebenarnya ini merupakan penganjuran kali kedua di bawah Kementerian Kewangan bagi Hari Kebangsaan kita sangat bersyukur dan menyahut cabaran ini 

“Jawatankuasa Induk dibawah pimpinan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri  Masidi Manjun yang juga merupakan pengerusi bagi Jawatankuasa tersebut dengan sokongan dan tunjuk ajar daripada beliau kita mendapat kerjasama semua jawatankuasa daripada kementerian dan jabatan sehingga berjalan lancar sambutan  Hari Kebangsaan Hari Sabah tahun ini,” katanya.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen Sabah, Dr. Diana Dominic dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keurusetiaan JaPen Sabah Siti Mariam Aziz Rashid

RELATED ARTICLES
Utama

Empat perkara berkaitan MA63 belum memperoleh sebarang persetujuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular