HomeSukanSUKMA 2024 : Skuad Petanque hadiahkan dua pingat emas untuk Sabah

SUKMA 2024 : Skuad Petanque hadiahkan dua pingat emas untuk Sabah

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kuching: Sebanyak dua kali lagu ‘Sabah Tanah Airku’ berkumandang di Arena Petanque di Santubong hari ini selepas skuad petanque Sabah berjaya menghadiahkan dua pingat emas tengah hari tadi.

Pingat emas yang dimenangi adalah menerusi pasukan bertiga wanita yang dibarisi Marysa Appel @ Denny, Siti Noor Ellyshatul Balqish Suhaimi dan  Thadis Henhera Vennice

Satu lagi pingat hadir menerusi pasukan campuran satu lelaki dua wanita yang dianggotai Muhammad Aeqhmal Mohammad Ardhy, Maxivianna Robert dan Siti Nur Vivianah Chia.

Peringkat akhir kedua-dua pasukan Sabah itu berlangsung  serentak dan mereka hanya dipisahkan satu gelanggang di Arena Petanque Santubong.

Bagaimanapun, pasukan bertiga wanita lebih awal menyelesaikan tugas mendapatkan emas walaupun diberi saingan sengit oleh Johor (Nur Aira Nabilah Saiful Alam, Nur Syuhada Amany Rosli dan Siti Zulika Zainal Abidin) dengan kemenangan 11-4.

Mereka kemudiannya menyertai penyokong Sabah memberi sokongan kepada pasukan campuran yang turut bersaing sengit dengan pasukan tuan rumah, Sarawak.

Pasukan campuran Sabah tidak mengecewakan apabila turut keluar sebagai pemenang dengan keputusan 10-7 mengalahkan pasukan Sarawak yang dibarisi  Ain Afzan Aisyah Ezlan, Akhtar Shauqi Aini Mohd Dom dan Nur Durratul Sahira Yazit.

Ia juga merupakan dua emas pertama Sabah hari ini.

Ketua jurulatih, Wahadhir Hamdan berkata, kejayaan merangkul dua pingat emas itu bukan sahaja membanggakan tetapi melegakan semua anggota skuad petanque Sabah.

“Kami sebenarnya sudah dalam tekanan apabila kalah dalam acara perseorangan dan beregu sebelum ini. Apalagi kami disasarkan satu pingat emas.

“Hari ini memang ada harapan kerana kekuatan kita adalah pasukan berttiga  tetapi mereka juga mengharungi saingan sengit, syukurlah kerana bukan satu tetapi kita telah menang dua pingat emas hari ini,” katanya.

Ia juga pencapaian lebih baik skuad petanque Sabah berbanding hanya menang satu emas pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur tetapi ketika itu mereka hanya diwakili atlet lelaki.

Kali ini mereka diwakili 14 atlet (tujuh lelaki dan tujuh wanita) dan mengambil bahagian semua acara yang dipertandingkan.

“Esok kami akan meneruskan cabaran dalam acara berpasukan. Harap ada rezeki lagi,” kata Wahadhir. – SABAH MEDIA / FOTO VB

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular