HomeUtama20 kementerian, agensi dibawah MAFFI terima bendera Sabah

20 kementerian, agensi dibawah MAFFI terima bendera Sabah

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 20 kementerian dan agensi di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) menerima Bendera Sabah sempena sambutan Hari Sabah 2024 yang akan berlangsung pada 31 Ogos ini.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Peto Galim berkata, penyerahan bendera itu merupakan satu upacara yang signifikan untuk memperkuatkan lagi sambutan yang julung-julung kali dirai oleh rakyat di negeri ini.

“Hari Sabah adalah satu hari yang ramai orang masih tidak tahu malah ada dalam kalangan ahli politik yang jadikan isu ini sebagai satu perdebatan.

“Kita mempunyai tanggungjawab untuk memberitahu staf kita, komuniti di kampung-kampung untuk mengibarkan bendera Sabah dan saya sangat setuju kempen ini dibuat bukan secara sentrik tetapi menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Negeri Sabah Sempena Sambutan Hari Sabah 2024 di Wisma Pertanian di sini, semalam.

Peto berkata, sebagai pemimpin dan masyarakat di negeri ini, ia merupakan satu tugas untuk menerangkan kepada orang awam yang Hari Sabah ini merupakan hari yang bersejarah dan momen yang luar biasa, yang patut di sokong dan diberitahu kepada generasi yang seterusnya.

“Acara penyerahan bendera pada kali ini juga adalah untuk kita sama-sama sedar yang kedua-dua program kita pada pagi dan petang pada 31 Ogos nanti adalah penting.

“Terima kasih atas keputusan kerajaan untuk membetulkan fakta dan sejarah sehingga akhirnya Hari Sabah dapat diraikan secara lebih terbuka,” katanya 

Antara yang menerima bendera adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Ko-Nelayan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Majlis Perbandaran Penampang.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular