HomeUtamaDeretan planet meraikan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu

Deretan planet meraikan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu

Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Perkongsian imej deretan objek cakerawala oleh Pengiat Astronomi, Mohamad Redzuan Tahar, 41, menarik perhatian rakan-rakan media sosialnya.

Pengiat Astronomi, Mohamad Redzuan Tahar

Menurut Redzuan, pembacaannya mengenai Pakar Falak yang juga Mufti Pulau Pinang pertama, Syeikh Abdullah Fahim yang mencadangkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu telah mencetus rasa ingin tahu mengenai keadaan langit pada malam tersebut.

‘’Selepas membaca artikel mengenai pakar Falak, Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim yang telah mencadangkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan negara, saya telah melayari aplikasi Stellarium dan Sky Safari dan kembali kepada tarikh 31 Ogos 1957, sangat mengujakan apabila mendapati planet Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Neptune, Zuhal, Bulan, dan buruj Virgo berada dalam keadaan sebaris atau sejajar pada langit barat Tanah Melayu ketika itu,” kongsinya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebelum ini ramai yang mungkin telah terdengar atau terbaca kisah Syeikh Abdullah Fahim.

“Jika ada yang belum tahu, mungkin perkongsian secara visual peta bintang keadaan langit pada tarikh kemerdekaan dipilih boleh menjadi pemangkin kepada masyarakat umum terutamanya peminat astronomi agar lebih teruja untuk mengetahui sejarah di sebalik kemerdekaan negara kita ini.

‘’Sebagai peminat astronomi, sememangnya saya amat kagum dengan kepakaran Allahyarham mentafsir kedudukan objek cakerawala di langit pada malam tersebut memandangkan ketika itu kelengkapan dan peralatan astronomi tidak semaju sekarang.

‘’Dengan perkongsian kecil ini, saya berharap ianya akan mencetus minat dan lebih ramai penyertaan orang ramai dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Persatuan serta Kelab yang berkaitan,’’kongsinya lagi yang merupakan lulusan Sarjana Muda kejuruteraan Komputer di Rensselaer Polytechnic Institute (RPI), Amerika Syarikat dan Sarjana Sains Fizik di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1957, Mufti Pulau Pinang pertama, Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim yang juga datuk kepada Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengaplikasikan pengetahuan ilmu falaknya untuk menentukan tarikh kemerdekaan negara.

Selain 31 Ogos 1957 , Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim turut mencadangkan tarikh yang sama pada tahun 1962 sebagai tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu.

Dalam pada itu Sabah turut meraikan Hari Sabah sebagai memperingati kemerdekaannya pada 31 Ogos 1963.

Pada tarikh berkenaan, melalui aplikasi Sky Safari dapat dilihat, langit Sabah dihiasi dengan Bima Sakti di mana langit dipenuhi bintang ibarat seluruh alam turut meraikan kemerdekaan Sabah pada malam tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular