HomeUtamaIPD Sandakan lupus barang kes 2019 - Mei 2024

IPD Sandakan lupus barang kes 2019 – Mei 2024

Read Time:1 Minute, 1 Second

SANDAKAN: Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan telah melaksanakan pelupusan barang kes bermula jam 10.00 pagi di Kilang Barang Lusuh Astemewa Sdn Bhd Batu 8 di sini, pada Jumaat (23 Ogos).

Barang-barang kes yang telah dilupuskan melibatkan 184,770 bungkus pelbagai jenis rokok yang dianggarkan bernilai RM5,543,100 membabitkan sembilan kes kontraban yang disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,
504 unit mesin Bitcioin, 12 monitor dan 150 lain-lain peralatan melibatkan kes Bitcoin yang disiasat dibawah Seksyen 379 / 427 Kanun Keseksaan dan tujuh unit enjin bot melibatkan empat kes Penyeludupan Migran yang disiasat dibawah seksyen 26J Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, kesemua barang kes ini telah dirampas pada tahun 2019 hingga Mei 2024.

“Pelaksanaan pelupusan ini telah mendapat arahan dari pihak Mahkamah dan Timbalan Pendakwa Raya Sabah.

“Kesemua barang kes dimusnahkan menggunakan jentera berat dan dibakar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Fuad menyempurnakan proses pelupusan barang kes berkenaan dengan disaksikan oleh Superintendan Ramasamy A/L Kuppan, Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Superintendan Yunus Sahak, Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan dan pegawai-pegawai Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sandakan.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular