HomeUtamaPejalan kaki wanita maut dilanggar kereta semasa melintas jalan

Pejalan kaki wanita maut dilanggar kereta semasa melintas jalan

Read Time:1 Minute, 18 Second

PENAMPANG: Seorang pejalan kaki wanita maut dilanggar kereta semasa melintas jalan dan kemalangan itu juga membabitkan perlanggaran dua buah kenderaan di Jalan Kota Kinabalu menghala Jalan Papar, dekat Kampung Dumpil Putatan di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 2.30 petang tadi (23 Ogos).

“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang mengesahkan telah terima satu maklumat awam pada jam 2.30 petang hari ini mengenai kes kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kenderaan iaitu kenderaan pancuan empat roda dan motokar dengan seorang pejalan kaki yang melintas jalan berlaku di Jalan Kota Kinabalu menghala Jalan Papar, dekat Kampung Dumpil Putatan, Penampang.

“Siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati pejalan kaki merupakan seorang wanita warga asing berusia 28 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, seterusnya mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Manakala kedua-dua pemandu kenderaan merupakan lelaki warga tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Ακτα Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Sammy meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan dan berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133.

“Pihak polis ingin menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati- hati ketika memandu di jalan raya dan ketika melintas jalan.

“Orang awam juga diminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

China Southern Airlines lanjut penerbangan dua kali sehari ke Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular