HomeSukanSUKMA 2024 : Pelepasan kepada Eidelweiss mewakili Sarawak telah diberikan - SKA

SUKMA 2024 : Pelepasan kepada Eidelweiss mewakili Sarawak telah diberikan – SKA

Read Time:1 Minute, 52 Second

Kota Kinabalu : Persatuan Karate Sabah (SKA) merakamkan penghargaan kepada pemenang pingat emas Karate Kumite Individu 68 kg Wanita Edelweiss Franzel Fancy Sami yang mewakili Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Setiausaha Agung SKA Julian Chin berkata, kemenangan itu sekali gus mencipta detik bersejarah bagi Sarawak dengan menamatkan kemarau panjang 24 tahun mereka untuk memenangi emas dalam sukan karate. 

Katanya, SKA juga sentiasa konsisten dalam melahirkan atlet-atlet cemerlang melalui pelbagai program dan pertandingan kerana pembangunan atlet sentiasa menjadi salah satu keutamaan sukan Karate di negeri ini.

“Berkaitan Eidelweiss yang mewakili Sarawak pada SUKMA, pihak Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah telah menerima surat daripada MSN Sarawak pada 8 Februari lalu yang memohon untuk pelepasan empat atlet Karate Sabah termasuk Eidelweiss.

“MSN Sabah dan SKA telah bersetuju untuk membenarkan Eidelweiss dan yang lain mencari peluang dengan Sarawak bagi membuka lebih banyak peluang kepada atlet Karate muda berbakat dari Sabah untuk berkembang semasa acara berprestij ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Julian berkata, Eidelweiss yang merupakan ahli Persatuan Shotokan Karate Sabah (SKAS) telah mewakili daerah Kuala Penyu pada Sukan Sabah (SAGA) tahun lalu dan memenangi pingat perak dalam kategori Kumite Individu Wanita -68Kg.

Katanya, ketika SAGA beliau tewas kepada Prisca Philip dari daerah Tambunan. 

“Ini telah mengecilkan peluangnya untuk mewakili Sabah dalam SUKMA 2024 disebabkan oleh kuota atlet tunggal.  

“Atlet Karate muda Sabah lain yang tidak terpilih semasa pemilihan SAGA disebabkan oleh prestasi atau kuota juga mencari peluang dengan negeri lain seperti Kedah dan Terengganu dengan kelulusan dan pengawasan daripada SKA dan MSN Sabah.

“Berkenaan dengan Frans Evans Fancey Sami, abang kepada Eidelweiss yang juga mewakili daerah Kuala Penyu, isu ini telah diselesaikan apabila SKA telah menghubungi  SKAS pada Januari 2024. Jawapan dan cadangan telah diberikan kepada pihak yang berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Julian berkata, skuad Karate Sabah telah meraih 11 pingat keseluruhan melibatkan dua Emas, tiga Perak, dan enam Gangsa.

“Kami berbangga dengan prestasi para atlet yang berusaha mencapai yang terbaik dalam kejohanan Karate SUKMA 2024 yang baru ini. 

“Kami berharap lebih ramai rakyat Sabah akan terus menyokong dan menghargai para atlet, jurulatih, dan keluarga Karate Sabah yang telah mengorbankan masa dan dedikasi mereka untuk mencapai kejayaan dalam Kejohanan Karate SUKMA 2024 ini,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO BERNAMA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular