HomeSukanSUKMA 2024 : Pencak Silat Sabah kembali menyerlah raih empat pingat emas

SUKMA 2024 : Pencak Silat Sabah kembali menyerlah raih empat pingat emas

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kuching : Sukan Pencak Silat Sabah kembali menyerlah pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak apabila berjaya meraih empat pingat emas hari ini.

Pingat itu hadir menerusi pesilat Muhammad Razfadhlur Rahma Razaineh yang bertanding menerusi acara Kelas B 50kg-55kg lelaki dan Muhamad Razfirdaus Razaineh bagi acara Kelas C 55kg-60kg lelaki.

Dua lagi emas hadir menerusi acara Kelas D 60kg-65kg lelaki Awangku Tarmizal Ag Tamin dan Muhammad Hassan Mahmood menerusi acara Kelas I 85kg-90kg lelaki.

Sementara itu, tiga pingat Perak turut diraih pesilat Sabah hari ini menerusi acara wanita bawah 45 kg yang diwakili Safia Umairah Hussin; Nur Ilyana Natasyah Abdullah (Kelas C 55 kg-60kg wanita) dan Riezlynn Edelya Edtasha Ahmad Rozi (Kelas A 45kg-50kg wanita).

Pesilat Sabah sebelum ini turut meraih tiga gangsa menerusi Fadhli Hidayat Harun (individu lelaki); Nurtrisyah Bella Mohd Syah (Solo Kreatif Wanita) dan Afiq Daniel Salman dan Fazli Halim menerusi Ganda Lelaki.

Acara Pencak Silat yang berakhir hari ini membolehkan Sabah menduduki tangga ketiga bagi sukan itu dengan kutipan empat emas; tiga perak dan tiga gangsa.

Pada SUKMA 2022, Pencak Silat Sabah hanya memperoleh lima gangsa dan pungutan yang diraih kali ini menunjukkan satu kejayaan yang amat memberangsangkan. – SABAH MEDIA / FOTO KBS Sabah

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular