HomeSukanSUKMA 2024 : Sepak Takraw wanita tepati ramalan, sapu bersih pingat emas

SUKMA 2024 : Sepak Takraw wanita tepati ramalan, sapu bersih pingat emas

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kuching : Pasukan Sepak Takraw Wanita Sabah menepati ramalan selepas berjaya menyapu bersih semua pingat yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Skuad regu wanita hari ini berjaya meraih pingat emas keempat selepas menewaskan Selangor 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Muhibah Bintulu Sarawak petang tadi.

Sabah sebelum ini berjaya meraih emas menerusi kategori berpasukan wanita; quadrant wanita; beregu wanita selain beregu bagi kategori lelaki.

Jumlah itu menjadikan Sabah berada ditangga teratas carta bagi sukan Sepak Takraw dengan pungutan lima emas.

Sementara itu, Sabah turut meraih emas menerusi Boling Padang bagi acara berempat lelaki yang diwakili Asmirul Arispadillah; Asnirul Arispadillah;Elldy Maxcanzie Zosmi; Mohammad Raihan Norkizan dan Nur Azami Azlie.

Pasukan itu menewaskan Perak dengan pungutan mata 15-9 pada peringkat akhir yang berlangsung di Arena Boling Padang Sarawak petang tadi.

Sabah hari ini turut meraih dua perak menerusi acara bertiga wanita yang diwakili Adilah Justine; Nur Zafirah Wajihah Zaidi; Nurafeqah Qhalisah Alham dan Nurnajmi Jannah Jali @ Jalit.

Turut meraih Perak hari ini adalah Muhammad Afif Aiman Mohd Affendy menerusi acara Perseorangan Lelaki.

Bagi acara Boling Padang, Sabah menduduki tangga keempat dengan pungutan satu pingat emas; dua perak dan satu gangsa. – SABAH MEDIA / FOTO KBS Sabah

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular