HomeSukanSUKMA 2024 : Sabah akhiri cabaran duduki tangga kelapan

SUKMA 2024 : Sabah akhiri cabaran duduki tangga kelapan

Read Time:2 Minute, 41 Second

Kuching: Kontinjen Sabah menamatkan cabaran pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak dengan kutipan pingat sebanyak 29 pingat emas, 36 perak dan 55 gangsa.

Pingat yang diraih itu adalah selepas tambahan satu pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa yang berakhir hari ini.

Pingat emas terakhir Sabah dimenangi oleh Marvell Vincent Voo dalam acara gimnastik artistik manakala rakannya, Addison Chang Sui Xin menang gangsa pada pertandingan akhir yang berlangsung di Serian Conference Centre.

Marvell menang dalam acara palang tunggal lelaki selepas mencatat 15.500 mata .

Pingat perak milik Wilson Wei Sin Yeoh (Pulau Pinang: 12.375 mata) manakala gangsa dimenangi Muhammad Bariq Adif Mat Daud (Johor: 11.550 mata).

Addison pila berkongsi pingat gangsa dengan atlet Perak, Nor Saiful Aiman Norazman selepas masing-masing mencatat 12.338 mata acara melombol lelaki.

Pingat emas dimenangi Noorazrul Jamirul Jamrus (Negeri Sembilan: 13.175 mata) manakala pingat perak milik Nor Adam Hazziq Nor Azaha (Kelantan: 13.013 mata).

Ketua jurulatih, Liew Tong Ee berkata, pencapaian itu mengotakan sasaran satu pingat emas skuad gimnastik.

“Kami memang sasar satu pingat emas sahaja dan ia dapat dikotakan di samping tambahan satu gangsa. Tahniah kepada seluruh anggota pasukan.

“Terima kasih kepada jurulatih-jurulatih kebangsaan dan Sabah yang telah mengasah bakat atlet kita selepas sahaja fasa pertama pemilihan pada 2022.

“Terima kasih juga kepada MSN Sabah, Persatuan Gimnastik Sabah, Lembaga Sukan Negeri Sabah dan ibubapa yang sentiasa memberi sokongan kepada atlet. Saya berharap atlet kita terus dapat sokongan semua pihak. Kami akan mula buat pemilihan fasa satu pada Disember 2024 sebagai persiapan menghadapi SUKMA akan datang,” katanya.

Skuad Gimnastik Sabah berjaya mengotakan sasaran satu pingat emas di samping satu gangsa pada hari terakhir SUKMA Sarawak hari ini.
Sambil itu, sukan pelayaran di Marina Bay Miri hari ini menyaksikan skuad pelayaran melabuhkan cabaran dengan tiga pingat perak dan satu gangsa untuk keseluruhan sumbangan tiga pingat emas, enam perak dan dua gangsa.

Pingat perak hari ini dimenangi Muhammad iman Aqeel dalam acara Optimist lelaki , Nur Hafizanah (Optimist wanita) dan pasukan campuran Optimist yang dibarisi Kee Aleana Abdullah, Muhd Aiman Aqeel Mohd Firdaus, Muhd Iftittah Andi Mallabbang, Nur Hafizanah Zailan dan Danyal Marczqui Rahmat Haron Muzaffar manakala gangsa dimenangi Danyal Marczqui (Optimist lelaki).

Semalam, skuad pelayaran Sabah menyerlah dengan tiga emas, tiga perak dan satu gangsa.

Pingat emas dimenangi Zeti Irdina Zainal dalam acara ILCA 4 wanita, Muhammad Asnawi Iqbal (ILCA 6 lelaki) dan Marcella Wilson Villaceran (Techno 293 wanita).

Pingat perak pula dimenangi Lucqmann Racheed Haron (Techno 293 lelaki), Mohamad Syahieradham Raiman (ILCA 4 lelaki) dan Nur Awatif Safri/ Nur Hafizanahanani Zailan (International 420 wanita) manakala gangsa dimenangi Mohammad Shahieran Raiman/ Mohammad Aiman Adam Mohd Firdaus (International 420 lelaki).

Apapun keseluruhan pencapaian 29 pingat emas, 36 perak dan 55 gangsa adalah misi gagal Sabah merealisasikan impian sasaran 40 pingat emas. Pingat emas juga kurang berbanding SUKMA 2022 di mana Sabah meraih 30 pingat emas di samping 29 perak dan 39 gangsa.

Sabah hanya berjaya pertingkatkan kutipan pingat perak dan gangsa yang mungkin boleh `dinaik taraf’ apabila Sabah meneruskan misi pada SUKMA 2026 yang akan berlangsung di Selangor.

Sabah dikedudukan kelapan di kalangan 15 pasukan yang bertanding di SUKMA Sarawak 2024.

Majlis penutupan SUKMA Sarawak XXI malam ini disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular