HomeSukanAWCL : Persiapan singkat namun tetap beri aksi terbaik - Justin

AWCL : Persiapan singkat namun tetap beri aksi terbaik – Justin

Read Time:2 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu: Pengendali skuad bola sepak wanita Sabah Justin Ganai mengakui berdepan cabaran sukar bagi menghadapi pusingan awal kejohanan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) yang berlangsung di Stadium Likas, di sini, malam Ahad.

Katanya,  ia termasuklah persiapan yang sangat singkat selain beberapa pemain baru saja dibawa masuk kira-kira seminggu lalu.

Tambahnya, tempoh latihan yang terhad dan selain faktor cuaca tidak mencukupi untuk memperkukuh pasukan turut menjadi antara cabaran yang dihadapi pasukannya.

“Kita sudah cuba sedaya upaya bersedia untuk kejohanan ini, tapi memang banyak masalah kita hadapi terutama cuaca sekarang musim hujan.

“Padang pula, kita tidak dapat guna padang Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) untuk latihan setiap hari dan hanya beberapa hari lalu baru dapat padang Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk berlatih.

“Maknanya, persiapan kita tidak begitu lengkap untuk kejohanan ini, tapi kita cuba main yang terbaik, itu sasaran kita dan kita sama-sama lihat keputusannya nanti,” katanya pada sidang media sempena  kejohanan pusingan awal ACWL, di sini.

Katanya, sasaran pasukannya hanya untuk bermain dengan baik kerana sedar kedudukan pasukan lawan dari Nepal dan Uzbekistan yang lebih berkualiti.

Skuad bola sepak wanita Sabah FA melakar sejarah sebagai pasukan bola sepak wanita pertama negara berjaya ke kejohanan antarabangsa peringkat AFC.

Sabah bakal bertemu APF FC dari Nepal pada 28 Ogos ini, disusuli perlawanan menentang PFC Nasaf dari Uzbekistan pada 31 Ogos, kedua-duanya berlangsung di Stadium Likas bermula jam 8 malam.

Malam ini adalah pertemuan di antara APF FC dan PFC Nasaf yang juga berlangsung di Stadium Likas pada jam 8 malam.

Dalam pada itu, Justin berkata pengurusan Sabah FA juga berusaha mengukuhkan pasukan dengan kemasukan tiga pemain import, selain pemain kebangsaan iaitu kapten Malaysia, Steffi Sarge Kaur dan Intan Sarah Anisah Zulgafli atau Intan Serah.

Katanya, Sabah FA juga mendapat khidmat penjaga gol wanita nombor satu Malaysia, Nurul Azurin Mazlan.

Pemain import yang baru seminggu menyertai pasukan ialah Eri Narita dan Misaki Nakayama dari Jepun, manakala seorang lagi dari Myanmar.

“Kita mendapatkan khidmat beberapa pemain tambahan iaitu dua dari pemain (kebangsaan) Malaysia, iaitu Steffi dan Intan Serah, selain kita memang ada Azurin yang juga penjaga gol nombor satu Malaysia.

“Import pula ada dua orang dari Jepun dan seorang dari Myanmar, tapi mereka baru sampai seminggu lalu, jadi persediaan sangat singkat.

“Sudah tentu keserasian mereka dengan pasukan juga belum mantap kerana sangat singkat, tapi kita mengharapkan pengalaman mereka dapat membawa semangat dan permainan yang berkualiti,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular