HomePolitikHubungan baik Kerajaan Sabah, Persekutuan beri banyak manfaat dalam pelbagai bidang

Hubungan baik Kerajaan Sabah, Persekutuan beri banyak manfaat dalam pelbagai bidang

Read Time:1 Minute, 29 Second

Membakut : Hubungan baik antara Kerajaan Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dengan Persekutuan telah memberi banyak manfaat kepada Negeri ini khususnya dalam pelbagai bidang.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Membakut berkata, ia termasuklah dalam bidang ekonomi; pelancongan; pendidikan selain membawa banyak pelabur dari luar ke Sabah.

“Inilah yang baiknya dengan adanya hubungan yang baik ini yang digagaskan  dan hubungan yang baik yang telah dimainkan peranannya oleh Ketua Menteri kepada Kerajaan Persekutuan telah banyak manfaat yang kita terima.

“Kita juga perlu terus menyokong Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan di peringkat negeri kita kuatkan Kerajaan kita dibawah Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Bahagian Membakut di sini semalam.

Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, kestabilan politik turut memainkan peranan dalam memastikan ekonomi negeri dan pembangunan Sabah terus maju dan terlaksana.

Dalam pada itu, mengenai mesyuarat yang diadakan, Arifin berkata, semua ahli parti khususnya Gagasan Rakyat diminta untuk terus memperkasakan parti dengan mendokong aspirasi Ketua Menteri dan Perdana Menteri untuk terus membangunkan negara dan negeri.

“Alhamdulillah ahli kita sudah semakin bertambah dan apa yang penting iaitu kita memperkasakan parti dengan mendokong apa yang telah digagaskan oleh Perdana Menteri kita dan Ketua Menteri kita dalam sama-sama memperkasa negara dan negeri,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada mahu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut, Arifin berkata, keputusan itu diserahkan kepada Ketua Menteri selaku presiden Gagasan Rakyat.

“Mudah-mudahan dengan kekuatan yang ada daripada parti kita, daripada gabungan kita, saya serahkan kepada Ketua Menteri dan kita akan sediakan beberapa calon untuk senarai yang akan menjadi calon kita di kawasan.

“Kita serahkan kepada Ketua Menteri dan daripada rakyat di kawasan kita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular