HomeUtamaMurid Sekolah Rendah Visi Sandakan mara ke Pertandingan Catur MSSM peringkat kebangsaan

Murid Sekolah Rendah Visi Sandakan mara ke Pertandingan Catur MSSM peringkat kebangsaan

Read Time:1 Minute, 14 Second

SANDAKAN: Sekolah Rendah Visi Sandakan sekali lagi menunjukkan kualiti pendidikan dan bakat yang luar biasa muridnya pada Kem Pemilihan Catur Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah 2024 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Madai, Kunak baru-baru ini.

Empat pemain catur dari Vision School Sandakan mewakili Sandakan dalam pertandingan peringkat negeri menentang pemain elit dari seluruh negeri.

Pertandingan itu menyaksikan seorang murid Tahun 5, Lim Shu Zheng muncul sebagai pemenang sekali gus berjaya memperoleh kelayakan mewakili Sabah dalam Pertandingan Catur MSSM peringkat kebangsaan.

Kem pemilihan itu bertujuan memilih wakil terbaik untuk Pertandingan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) peringkat kebangsaan, yang akan berlangsung dari 14 hingga 19 September 2024, di Johor.

Lim akan bertanding dalam kategori Lelaki bawah 12 tahun (U-12), dan prestasi cemerlangnya telah membanggakan kedua-dua sekolah dan Sandakan.

Selain Lim, tiga lagi wakil berbakat turut beraksi dengan baik.

Mereka ialah Isaac Chung Vui Ken (U-12 lelaki), Quek Kiing Shing (U-12 lelaki), dan Christal Glory Christopher (U-15 perempuan).

Di bawah bimbingan guru mereka, Jennyfer Jonius berkata keempat-empat pelajar ini mara dari pertandingan Daerah Sandakan ke kejohanan peringkat negeri, dengan mencapai keputusan yang memberangsangkan.

“Kejayaan ini sudah pasti mencerminkan standard pendidikan sekolah yang berkualiti,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, setiap negeri akan menghantar enam pemain terbaik mereka dalam setiap kategori umur masing-masing ke pertandingan kebangsaan, bermakna Lim akan bersaing dengan pemain catur muda terkemuka negara.

“Kami berharap untuk melihat Lim mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di peringkat kebangsaan,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular