HomeUtamaAhli Farmasi main peranan pastikan keselamatan, integriti ubat patuhi piawaian

Ahli Farmasi main peranan pastikan keselamatan, integriti ubat patuhi piawaian

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Ahli Farmasi khususnya penguatkuasa memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan integriti ubat serta suplemen kesihatan mematuhi piawaian kualiti dan peraturan yang tertinggi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna berkata, ketika ini berlaku peningkatan dalam penyebaran maklumat yang salah mengenai ubat dan suplemen di platform media sosial seperti TikTok.

Dr Asits Sanna

Katanya, banyak kandungan tidak tepat dari segi perubatan dan mungkin tidak mematuhi piawaian peraturan yang ditetapkan.

“Ahli farmasi penguatkuasa perlu mengatasi masalah ini dengan mendidik orang ramai tentang cara mendapatkan maklumat yang sahih daripada profesional kesihatan yang berkelayakan.

“Mereka juga penting dalam memastikan semua suplemen dan ubat didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan serta memverifikasi kesahihan tuntutan dalam talian. Ini termasuk memantau media sosial dan platform dalam talian lain untuk mengenal pasti dan menangani maklumat yang mengelirukan atau palsu.

“Selain itu, ahli farmasi penguatkuasa membantu Kementerian Kesihatan dalam memerangi penjualan ubat dan suplemen secara haram dalam talian, memastikan produk ini digunakan dengan selamat dan berkesan melalui pengawasan terhadap amalan yang tidak mematuhi peraturan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Farmasi Negeri Sabah kali ke-35 di sini baru-baru ini.

Dr Asits berkata, kewaspadaan berterusan ini adalah penting dalam melindungi kesihatan awam dan mengekalkan kepercayaan dalam produk farmaseutikal. 

Dalam pada itu, beliau mencadangkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk mempertimbangkan penubuhan Fakulti Farmasi.

Katanya, dengan adanya hospital pengajar di UMS yang akan dilengkapi dengan teknologi moden,UMS mempunyai  infrastruktur yang mencukupi untuk menyokong Fakulti Farmasi.

“Inisiatif ini akan melatih lebih ramai anak Sabah untuk menjadi ahli farmasi, mengukuhkan hubungan dengan komuniti tempatan mereka dan mengurangkan kadar pertukaran keluar,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JKNS

RELATED ARTICLES
Utama

Jangan terikut-ikut provokasi pihak pertikai perlantikan Tun Musa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular