HomeIsu tempatanDBKK keluarkan lima notis pembatalan lesen di Pasar Inanam

DBKK keluarkan lima notis pembatalan lesen di Pasar Inanam

Read Time:53 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak lima notis pembatalan lesen telah dikeluarkan kepada penjaja di Pasar Inanam di sini selepas didapati melanggar peraturan  pelesenan yang ditetapkan.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, notis itu dikeluarkan pihaknya dalam satu pemeriksaan ke pasar itu bagi meninjau tahap keteraturan aktiviti perniagaan dan pematuhan peraturan pelesenan yang ditetapkan

Menurut DBKK, operasi yang bermula sekitar jam 8 pagi itu telah mendapati beberapa elemen yang tidak dipatuhi antaranya penjaja berniaga di luar petak atau garisan lot yang diperuntukkan, membina struktur tanpa kelulusan, mengabaikan barangan niaga di atas lantai dan tidak menjaga kebersihan lot gerai masing-masing. 

“Ketidakpatuhan ini boleh menjejaskan tahap keselamatan dan keselesaan pengunjung serta menimbulkan risiko kepada orang awam.

“Dalam operasi tu sebanyak lima notis pembatalan lesen telah dikeluarkan kepada penjaja yang telah melanggar peraturan dan diberikan tempoh 30 hari bagi pengemukaan maklum balas.

“Teguran lisan turut disampaikan bagi memastikan tidak berlaku kesalahan yang berulang,” menurut kenyataan itu.

DBKK mengucapkan terima kasih kepada semua penjaja Pasar Inanam yang telah memberi kerjasama baik sepanjang operasi berlangsung. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Empat peniaga pasar malam dikenakan tindakan, langgar peraturan Akta Timbang dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular