HomeUtamaPertemuan ALC kukuhkan lagi hubungan Malaysia-Brunei

Pertemuan ALC kukuhkan lagi hubungan Malaysia-Brunei

Read Time:53 Second

Bandar Seri Begawan: Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) ke-25 Malaysia-Brunei menjadi petanda baik untuk penyatuan kerjasama yang saling menguntungkan dan menang-menang antara kedua buah negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ia membolehkan kedua-dua negara meneruskan kerjasama meluas dalam konteks hubungan Malaysia-Brunei yang kukuh dan  juga Sabah-Brunei.

Hajiji mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke ALC ke-25 Malaysia-Brunei Darrusalam, pertemuan peringkat tertinggi kedua-dua negara yang diadakan di Istana Nurul Iman, di sini hari ini.

Di ALC, pemimpin kedua-dua negara – Brunei yang diketuai oleh Sultan Hassanal Bolkiah, menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman dan Instrumen Dua Hala antara Kerajaan Malaysia dan Brunei Darrusalam.

Selain meneroka peluang baharu untuk manfaat bersama, kemajuan kerjasama dua hala sedia ada turut dibincangkan dalam pertemuan itu.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri antara lain diiringi oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan beberapa menteri kanan Persekutuan serta negeri. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular