HomeUtamaMasyarakat digesa untuk terus pertahan jiwa merdeka - Raisin

Masyarakat digesa untuk terus pertahan jiwa merdeka – Raisin

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu: Masyarakat khususnya golongan muda digesa untuk terus mempertahankan kemerdekaan negara dengan semangat jiwa yang merdeka dan harmoni.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Raisin Saidin berkata kemerdekaan yang diperjuangkan secara bersama oleh warga terdahulu harus dipertahankan.

Muddin (kanan) melepaskan konvoi KMJG ke destinasi seterusnya.

“Kemerdekaan negara diperjuangkan secara bersama oleh warga Malaysia pelbagai kaum. Kejayaan Malaysia telah dibina atas usaha bersama.

“Untuk itu, kemerdekaan negara dan kemerdekaan warga perlu terus  dipertahankan,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau turut mengajak masyarakat untuk tidak membenarkan bumi dan minda kita dijajah semula. 

Persembahan oleh warga pendidik Jabatan Pendidikan Sabah.

“Marilah kita terus menghidupkan pemikiran dan jiwa merdeka di kalangan warganya dan akan terus berpegang kepada konsep keadilan dan kesaksamaan, mengusahakan kemiskinan dihapuskan dan memastikan kemakmuran dapat dinikmati secara bersama. 

“Bersamalah kita membara puntung-puntung perjuangan, untuk kita himpunkan, untuk kita terus menyemarakkan semangat kemerdekaan, untuk kita terus nyalakan obor kemerdekaan,” katanya.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Muddin Beting dalam Karnival Kemerdekaan 67 Dan Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024.

Karnival yang berlangsung semenjak awal pagi itu menyajikan pelbagai persembahan oleh Pentarama dan warga Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Turut hadir dalam karnival tersebut Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor yang juga selaku ketua konvoi KMJG 2024.

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular