HomeUtamaMayat lelaki ditemui di ruang pejalan kaki pusat beli-belah di Sandakan

Mayat lelaki ditemui di ruang pejalan kaki pusat beli-belah di Sandakan

Read Time:49 Second

SANDAKAN: Mayat seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun ditemui di atas ruang pejalan kaki luar bangunan sebuah pusat beli-belah di sini oleh orang awam awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner, Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil siasatan awal polis mendapati mangsa masuk ke tempat meletak kenderaan pusat membeli-belah berkenaan pada jam lebih kurang 1.30 pagi iaitu di aras 7 bangunan tersebut dan meletakkan kenderaannya di situ.

“Pada jam 3.40 pagi seorang saksi awam yang parkir berhampiran bangunan berkenaan terdengar bunyi kuat yang jatuh dari tempat tinggi bersebelahan dengan kenderaan saksi.

“Saksi tersebut kemudiannya keluar dari kenderaan dan mendapati mayat mangsa dalam keadaan terlentang berhampiran kenderaannya, lalu beliau memaklumkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Fuad, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk tujuan bedah siasat.

“Siasatan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut, kerana tidak terkesan sebarang unsur jenayah dan khianat dalam siasatan setakat ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular