HomeSukanAWCL : Beri sokongan padu kepada Sumandak Sabah - Hajiji

AWCL : Beri sokongan padu kepada Sumandak Sabah – Hajiji

Read Time:47 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengajak orang ramai khususnya peminat bola sepak di negeri ini untuk sama-sama menyaksikan perlawanan pusingan awal Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) melibatkan pasukan Sabah FA yang berlangsung di Stadium Likas malam ini.

Hajiji dalam perkongsian di laman Facebookmya berkata, beliau juga mahu sokongan padu diberikan kepada pasukan bola sepak wanita Sabah FA yang telah mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa itu.

“Malam ini merupakan perlawanan pertama Sumandak-Sumandak Sabah dalam kejohanan AFC Women’s Champions League di Stadium Likas.

“Pasukan wanita Sabah merupakan wakil Malaysia dalam kejohanan ini dimana tergolong dalam 20 pasukan terbaik Asia.

“Ayuh kita ramai-ramai turun ke Stadium Likas Dan memberi sokongan padu kepada mereka menentang APF FC Dari Nepal!,” katanya.

Sabah FA akan berdepan APF FC dari Nepal yang dijadual sepak mula bermula pada jam 8 malam ini.

Selain itu, Sabah juga akan bertemu pasukan dari Uzbekistan yang dijadualkan pada Sabtu ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah sentiasa cakna terhadap pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular