HomeIsu tempatanDidikan tenaga pengajar, doa ibu bapa kunci pelajar raih kejayaan

Didikan tenaga pengajar, doa ibu bapa kunci pelajar raih kejayaan

Read Time:1 Minute, 17 Second

Beaufort : Usaha tenaga pengajar dalam membimbing kecemerlangan pelajar khususnya yang menduduki peperiksaan berupaya membantu kepada kecemerlangan pendidikan calon terlibat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, doa dan sokongan moral ibu bapa turut menjadi kunci utama kepada pelajar yang menduduki peperiksaan.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gadong bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2023 melebihi gred purata Negeri dan Kebangsaan mencapai keputusan cemerlang 100 peratus.

“Ini adalah satu keputusan amat memberangsangkan yang pastinya hasil usaha tenaga pengajar kepada murid murid ditambah dengan doa dan sokongan moral daripada ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi dan Apresiasi Pra Universiti Tingkatan Enam SMK Gadong Sesi 2023 di sini hari ini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, inisiatif pelajar yang mempunyai insiatif dalam mengulangkaji mata pelajaran sama ada secara individu mahupun secara berkumpulan turut membantu kepada kejayaan.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada SMK Gadong di atas satu pencapaian yang amat baik dan akan kekal menjadi satu lipatan sejarah.

“Buat para pelajar, saya berharap agar terus mengejar cita-cita anda dan teruskan perjuangan anda di dalam mencari ilmu sehingga ke menara gading.

“Pesan saya, jagalah nama baik sekolah di mana tempat anda semua mula menimba ilmu, jaga nama baik keluarga dan tetap menjadi yang terbaik dalam apa juga yang anda ceburi,” katanya.

Seramai 45 pelajar menerima sijil, empat pelajar menerima sijil tokoh pelajar masing masing dan 12 orang guru menerima sijil penghargaan di atas usaha mereka bagi memastikan kecemerlangan para pelajar Pra Universiti. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Idola Darau’ akan dikembangkan lagi tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular