HomeUtamaPenyelam TLDM Terkorban Ketika Operasi Salvaj KD Pendekar

Penyelam TLDM Terkorban Ketika Operasi Salvaj KD Pendekar

Read Time:33 Second

BERNAMA 

JOHOR BAHRU- Seorang anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disahkan meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai Kapal Diraja (KD) Pendekar yang karam di perairan Tanjung Penyusop, Kota Tinggi di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi DSP Mohd Syamsuri Mohamad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu namun tiada butiran lanjut diberikan.

“Pihak kami ada terima laporan dan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

KD Pendekar tenggelam di perairan Tanjung Penyusop selepas mengalami kebocoran dipecayai akibat terlanggar objek bawah air pada 25 Ogos lepas.

Bagaimanapun, usaha pantas komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru KD Pendekar sebelum kapal itu tenggelam.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular