HomeUtamaAplikasi 'Sabah Smart Parking' boleh dimuat turun bermula 9 September ini

Aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ boleh dimuat turun bermula 9 September ini

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ bagi menggantikan sistem tempat letak kereta berkupon boleh mula dimuat turun secara percuma menerusi Google Play (Android) atau Apps Store (iOS) bermula 9 September ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, penggunaan aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ ini akan mula berkuatkuasa pada 16 Oktober depan.

“Berikutan daripada pra pelancaran aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ pada 9 Ogos yang lalu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui DBKK Holdings Sdn Bhd memaklumkan bahawa warga Bandaraya Kota Kinabalu boleh mula memuat turun aplikasi ‘Sabah Smart Parking’ secara percuma.

“Warga Bandaraya khususnya pengguna-pengguna ruang letak kereta awam di bandaraya Kota Kinabalu ini disarankan agar mula memuat turun aplikasi ini di telefon mudah alih masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dr Sabin berkata, melalui aplikasi ini orang ramai boleh membuat pembayaran caj letak kereta awam di bandaraya Kota Kinabalu. 

Katanya, disamping itu juga perkhidmatan lain seperti semakan tunggakan kompaun, pembelian pas parkir bulanan dan lain-lain juga turut disediakan melalui aplikasi ini. 

Tambahnya, cara-cara penggunaan juga turut disediakan menerusi aplikasi ini.

“DBKK juga ingin memberi peringatan kepada warga bandaraya agar terus mematuhi Undang-Undang Kecil yang dikuatkuasakan. 

“Pengguna yang masih mempunyai kupon fizikal (gores) masih boleh menggunakannya sehingga kupon tersebut habis digunakan,” katanya 

Menurutnya lagi, pengguna boleh menghubungi DBKK Holdings Sdn Bhd di Bahagian Pengurusan Tempat Letak Kereta melalui talian 088-270 181/182 / 012-7690181 atau mendapatkan maklumat di Kaunter-Kaunter / Kiosk Tempat Letak Kereta, DBKK Holdings Sdn Bhd. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Felo SMJ beri ruang golongan muda sumbang idea terus kepada Kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular