HomeIsu tempatanDUN Sabah semarakkan bahang Hari Kebangsaan, Hari Sabah

DUN Sabah semarakkan bahang Hari Kebangsaan, Hari Sabah

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kota Kinabalu: Warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini turut sama menyemarakkan lagi bahang Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah pada tahun ini.

Buat julung kalinya, DUN Sabah juga dijadikan sebagai perhentian ketiga pada hari terakhir siri penjelajahan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2024.

Konvoi yang tiba kira-kira jam 10.20 pagi di institusi penggubalan undang-undang Negeri Sabah itu, disambut oleh Timbalan-timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Richard Yong We Kong dan Datuk Al Hambra Juhar serta Setiausaha DUN, Rafidah Maqbool Rahman di lobi utama.

Richard yang ditemui media berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran konvoi sambil mengucapkan tahniah kepada para peserta kerana berjaya melaksanakan misi kempen kibar Jalur Gemilang serta Bendera Negeri Sabah.

“Selamat datang kepada Konvoi KMJG, saya difahamkan konvoi yang bermula sejak 1 Ogos lagi sudah pergi banyak kawasan di seluruh Sabah ini termasuk pulau-pulau dan kampung yang jauh dan saya ucapkan tahniah kepada kamu semua.

“Pada saya, tugas kamu sungguh baik untuk menaikkan semangat patriotisme di Sabah dan keseluruhan di Malaysia ini sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Al Hambra turut menyeru seluruh masyarakat khususnya di Sabah agar terus mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah sebagai tanda syukur dan menghargai kemerdekaan yang dikecapi hari ini.

“Tahun ini adalah tahun yang sangat signifikan di Sabah kerana 31 Ogos ini bukan hanya kita menyambut Hari Kebangsaan tetapi kita juga meraikan Hari Sabah buat kali pertamanya,” katanya.

Pada majlis ringkas itu, Richard dan Al Hambra menyempurnakan upacara pelepasan konvoi 15 kenderaan sambil diiringi oleh Rafidah dan Supian.

Selain kampung terpencil dan pulau, Konvoi KMJG 2024 anjuran Jabatan Penerangan Sabah bersama rakan-rakan strategik juga menyasarkan institusi-institusi penting dan ikonik dalam pentadbiran kerajaan Negeri Sabah.

DUN Sabah dibentuk sejak tahun 1967 iaitu selepas Pilihan Raya Negeri Sabah yang pertama dan berfungsi untuk menjaga kedaulatan perlembagaan dan hal berperlembagaan Sabah dan rakyat di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular