HomeUtamaPerarakan perbarisan Hari Kebangsaan esok mungkin lewat dilaksanakan

Perarakan perbarisan Hari Kebangsaan esok mungkin lewat dilaksanakan

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Perarakan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah Sabtu ini mungkin akan lewat dilaksanakan dari jadual asal. 

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata, ia berikutan keadaan cuaca hujan yang tidak menentu sebelum ini.

“Berdasarkan cuaca dua hari yang berlaku sebelum ini, kita dapati ianya mula bertambah baik sekitar jam 9 pagi.

“Oleh itu, pada Sabtu ini, acara perbarisan kemungkinan akan dilewatkan sedikit pada masa yang akan dimaklumkan kepada para peserta kontinjen dan para jemputan,” katanya.

Datuk Seri Dr Sabin Samitah

Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai upacara Raptai Penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2024, di sini semalam 

Dalam pada itu, mengulas mengenai persiapan, Sabin berkata, ia berjalan lancar dan persiapan yang dibuat oleh ahli jawatankuasa hampir mencapai 95 peratus. 

“Ini disebabkan oleh cuaca yang tidak mengizinkan pada awal pagi dan mengakibatkan sebahagian daripada peralatan yang digunakan pada 31 Ogos nanti tidak digunakan ataupun dipasang pada hari ini untuk mengelakkannya daripada rosak.

“Kita akan mengadakan satu persembahan yang terbaik berdasarkan komitmen daripada semua peserta kontinjen dan terdapat 186 kontinjen yang menyertai perarakan Hari Kebangsaan yang ke-67 pada tahun ini,” katanya.

Menurutnya, untuk pertandingan, ianya akan diadili oleh mereka daripada pasukan beruniform dan pihaknya telah memaklumkan kepada semua peserta ataupun kontinjen.

“Persediaan yang mereka lakukan terutama sekali dari segi bilangan minimum peserta yang mesti ada dalam satu pasukan kontinjen.

“Jadi, sekiranya mereka tidak dapat memberikan bilangan yang minimum pada hari tersebut, kita akan batalkan penyertaan mereka,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular