HomeIsu tempatanPembinaan Dewan Perpaduan di SAN Gadong beri keselesaan kepada murid dan guru

Pembinaan Dewan Perpaduan di SAN Gadong beri keselesaan kepada murid dan guru

Read Time:1 Minute, 7 Second

Beaufort : Pembinaan Dewan Perpaduan DHRM di Sekolah Agama Negeri (SAN) Gadong di sini bakal memberi keselesaan kepada murid, guru dan ibubapa SAN berkenaan untuk mengadakan pelbagai program yang telah dirancang.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, pembinaan dewan berkenaan menunjukkan Kerajaan Sabah sentiasa prihatin terhadap keperluan pendidikan dan masyarakat setempat di negeri ini.

“Pembinaan dewan ini sangat diperlukan anak-anak kita untuk melakukan aktiviti atau program sekolah yang menghimpunkan anak-anak, guru guru dan ibu bapa.

“Dengan adanya dewan ini, jelas menunjukkan bahawa kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sangat prihatin dengan keperluan rakyat dan sudah tentu dengan membina dewan di kawasan SAN ini akan dapat diguna pakai oleh anak-anak, guru-guru dan juga ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan simbolik pecah tanah tapak pembinaan dewan perpaduan DHRM bagi SAN Gadong di sini.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, keluasan dewan seluas 80×40 itu dijangka siap sepenuhnya pada penghujung bulan September atau pada Oktober.

Katanya, ianya dijangka akan dapat digunakan untuk pelbagai aktiviti atau program sekolah.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah yang benar-benar melihat keperluan dan keprihatinan beliau dalam membela nasib rakyat.

“Ini juga adalah sejajar dengan slogan Sabah Maju Jaya , kerana dalam Sabah Maju Jaya itu memfokuskan pendidikan anak anak kita yang perlu di beri perhatian,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Idola Darau’ akan dikembangkan lagi tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular