Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin semalam menghadiri Majlis Tahlil Dan Bacaan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2024.
Majlis tersebut diadakan di Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang dihadiri oleh lebih 1,000 jemaah dan dimulakan dengan bacaan Surah Yasin.
Kemudian, Mufti Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar memimpin bacaan doa selamat selain menyampaikan Khutbah Jumaat bertajuk Menghargai Nikmat Kemerdekaan manakala Solat Jumaat diimamkan oleh Imam Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting.
Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.
Turut hadir sama, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin dan PesuruhJaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.