HomeSukanWira SUKMA Sabah semangat sertai perarakan Hari Kebangsaan, Hari Sabah

Wira SUKMA Sabah semangat sertai perarakan Hari Kebangsaan, Hari Sabah

Read Time:46 Second

Kota Kinabalu : Meskipun gagal mencapai sasaran kutipan pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 baru-baru ini, atlet mewakili Sabah pada temasya itu tetap bersemangat menyertai perarakan perbarisan sempena Hari Kebangsaan dan Hari Sabah di Jalan Tun Fuad Stephens di sini pagi tadi.

Kemunculan si Bayau yang mengetuai perarakan kontinjen Sabah itu turut tampil dengan jersi rasmi SUKMA Sabah selain turut mendapat tepukan gemuruh dari pengunjung yang hadir.

Sabah berjaya membawa pulang sebanyak 120 pingat pada SUKMA Sarawak melibatkan 29 emas; 36 perak dan 55 gangsa.

Pasukan Sepak Takraw Wanita Sabah juga berjaya menyapu bersih semua kategori dipertandingkan antaranya Berpasukan, Quadrant; Double dan Regu.

Kemenangan skuad Sepak Takraw itu sekaligus membuktikan Sabah berjaya mempertahankan kejuaraan untuk pasukan Sepak Takraw Wanita sejak 2014 hingga kini.

Acara bola sepak wanita yang julung kali dianjurkan pada temasya SUKMA Sarawak juga membuahkan hasil apabila pasukan bola sepak wanita Sabah berjaya memperoleh pingat Perak. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular