HomeUtamaAWCL : Ini hadiah bermakna sempena Hari Kebangsaan, Hari Sabah

AWCL : Ini hadiah bermakna sempena Hari Kebangsaan, Hari Sabah

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Kemenangan pasukan bola sepak wanita Sabah FA pada saingan aksi pusingan awal Kumpulan C Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) di Stadium Likas, malam tadi hadiah bermakna sempena Hari Kebangsaan dan Hari Sabah tahun ini.

Pengurus pasukan bola sepak wanita Sabah Muhd Arziz Afizy Rumsani berkata, kemenangan itu juga merupakan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk semua yang terlibat dengan kejayaan tersebut.

“Ya, betul. Pada hari ni (semalam), 31 Ogos adalah Hari Sabah dan juga Hari Kebangsaan dan inilah hadiah pasukan bola sepak Sabah terutamanya kepada negeri Sabah dan juga negara kita, Malaysia.

“Ini adalah sangat-sangat manis dan sangat-sangat memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk semua jurulatih, pemain dan saya sendiri pun sama,” katanya dalam satu temubual bersama HarimauMalaya sebaik tamat perlawanan kedua pusingan kelayakan AWCL kumpulan C menentang PFC Nasaf di sini semalam.

Pada aksi perlawanan semalam, pasukan bola sepak wanita Sabah FA membuat kejutan apabila memenangi saingan aksi pusingan awal Kumpulan C AWCL mengatasi PFC Nasaf dari Uzbekistan dengan jaringan 2-1 walaupun berdepan saingan sengit daripada pasukan lawan yang kelihatan lebih kuat dan bertenaga.

Kedua-dua gol Sabah FA dijaringkan penyerang import dari Myanmar, Win Theinge Tun pada minit ke-31 dan 44, sekali gus meletakkan Sabah FA di hadapan dengan 2-0 sehingga pada babak pertama.

Hanya pada minit ke-82 gawang Sabah FA bolos hasil jaringan pemain lawan, Alvine Emma Ngonja yang mendapat peluang melakukan cubaan hasil hantaran sepakan sudut rakan pasukannya.

Berikutan kemenangan malam tadi, Sabah layak mewakili Kumpulan C ke peringkat seterusnya dalam saingan AWCL 2024 / 2025. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FA WOMEN

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular