HomeUtamaFAMA Fest @ Sabah beri manfaat kepada 443 usahawan

FAMA Fest @ Sabah beri manfaat kepada 443 usahawan

Read Time:2 Minute, 1 Second

Keningau : Program Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Fest @ Sabah yang berlangsung selama empat hari berakhir hari ini berjaya memberi manfaat kepada 443 orang usahawan Sabah khususnya di daerah ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup, program itu telah mensasarkan nilai jualan sebanyak RM250,000 selain mampu menarik seramai 20,000 orang pengunjung.

“Sebanyak lapan lokasi FAMA Fest telah dilaksanakan pada tahun ini dengan bermula di Perak, Sarawak, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Kelantan, Kuala Lumpur dan kini di Sabah.

“Program FAMA Fest 2024 yang telah dilaksanakan dengan jayanya di tujuh buah negeri itu turut dimeriahkan dengan 459,417 orang pengunjung serta memberi manfaat kepada 808 orang usahawan dengan nilai jualan sebanyak RM8,415,438.84,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup FAMA Fest 2024 @ Sabah di Bangunan Arked Keningau, Pasar Tani Kekal Keningau, Sabah, di sini, hari ini.

Arthur berkata, pogram itu juga telah  mewujudkan satu platform bagi usahawan FAMA mempromosikan pelbagai hasilan serta perkhidmatan pertanian termasuk keunikan makanan tradisi popular dalam negara.

Katanya, profram itu juga telah memacu pertumbuhan ekonomi tempatan dengan meningkatkan pendapatan usahawan.

Mula dilaksanakan sejak tahun 2017, FAMA Fest telah memberikan manfaat kepada pelbagai pihak, khususnya rakyat yang menerima manfaat penjimatan harga bagi barangan keperluan.

Sejak tahun 2017 hingga 2023, penganjuran FAMA Fest mencatatkan kehadiran 2.2 juta orang pengunjung serta penyertaan 2,180 usahawan dengan nilai jualan RM24 juta.

Pada masa sama, FAMA Fest juga menjadi medan kepada komuniti tempatan bekerjasama mempromosi serta menyokong produk-produk tempatan sekali gus mencipta identiti tersendiri di kawasan masing-masing.

Pada hari ini, orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai produk makanan dengan harga menarik sempena penganjuran FAMA Fest 2024 @ Sabah.

Dimeriahkan dengan 445 lot jualan meliputi sembilan segmen antaranya Jualan Agro MADANI, jualan produk Industri Makanan Asas Tani dan lain-lain. 

FAMA Fest 2024 @ Sabah turut menampilkan pelbagai pengisian program menarik antaranya Jualan Kombo MADANI, jualan promosi buah-buahan tempatan seperti limau bali, durian, bambangan, tarap dan lain-lain dari pelbagai kawasan di Sabah serta cabutan bertuah dengan nilai terkumpul lebih RM10,000 dengan pembelian RM10.00 ke atas secara tanpa tunai melalui program Cashless La Boss.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan cek cura Geran Insentif Jabatan Projek Naik Taraf Tamu Mingguan PBT (Pedalaman) dan menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Mamorandum Persefahaman (MoU) di antara Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Dengan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Bagi Projek Tanaman Nanas Di Daerah Nabawan.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular