HomeUtamaKereta Berhias kembali memeriahkan laluan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu

Kereta Berhias kembali memeriahkan laluan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu

Read Time:2 Minute, 13 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Perarakan kereta berhias yang sekian lama tidak diadakan di negeri ini kembali memeriahkan beberapa laluan sekitar jalan KK Bypass sehingga Jalan Padang sempena sambutan Hari Sabah 2024 di sini semalam.

Sebanyak 16 buah kereta berhias yang mewakili kementerian, agensi dan jabatan Kerajaan Negeri telah menyertai perarakan itu yang bermula seawal jam 10.30 malam selepas upacara pemasyhuran Hari Sabah oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Padang Merdeka.

Sejurus selepas pemasyhuran Hari Sabah, Tun Juhar bersama isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni turut meluangkan masa bagi menyaksikan perarakan kereta berhias itu.

Hadir sama menyaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag serta beberapa ahli Kabinet Kerajaan Sabah.

Orang ramai yang turut teruja dengan perarakan itu telah mula berkumpul dilaluan terlibat seawal jam 9.30 malam.

Antara kementerian, agensi dan jabatan Kerajaan Negeri yang terlibat adalah Kementerian Kewangan Negeri Sabah; Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat; Koperasi Pembangunan Desa; Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan (Ko-Nelayan); Kementerian Pembangunan Luar Bandar; Jabatan Perikanan Sabah dan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan

Turut sama menyertai, Kementerian Belia dan Sukan Sabah; Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS); Jabatan Pertanian Sabah; Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah; Lembaga Industri Getah Sabah; Majlis Daerah Putatan; Majlis Daerah Kuala Penyu; Majlis Daerah Beaufort dan Majlis Daerah Lahad Datu.

Sementara itu, Urusetia Jawatankuasa Kereta Berhias, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) Nurhafizah Husin berkata, pengisian acara kereta berhias adalah bagi mengembalikan nostalgia lama yang sekian lama tidak diadakan di Sabah khususnya di Kota Kinabalu.

“Kereta berhias ini adalah sebahagian daripada pengisian Hari Sabah dan ianya sudah lama tidak ada di Sabah jadi sekarang ini inspirasi dari Menteri MAFFI untuk kembalikan yang dulu-dulu supaya yang sekarang ini tahulah macam mana acara kereta berhias itu .

“Dagi segi tema, kita mengikut tema Hari Sabah, lepas itu, flora dan fauna yang terdapat di negeri Sabah dengan boleh juga mereka guna identiti kementerian, jabatan dan agensi masing-masing,” katanya..

Nurhafizah berkata, pihaknya berharap program seumpama itu akan dapat dirancang lebih awal agar ianya lebih memberi impak lebih besar kepada pengunjung yang datang.

“Harapan kami untuk acara kereta berhias ini, nanti tahun depan kita mahu rancang awal supaya program ini lebih mantaplah.  Sebab yang mana kita tahukan ini macam masa singkat tapi kira ini pun memang yang macam berjaya juga lah  dan syukur tidak hujan,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kewangan Sabah berjaya memenangi pertandingan kereta berhias itu yang membawa pulang hadiah wang tunai dan sijil.

Tempat kedua dimenangi KePKAS dan ketiga dimenangi Majlis Daerah Lahad Datu dan masing-masing turut membawa pulang hadiah wang tunai dan sijil. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular