HomeUtamaLebih 10,000 pengunjung meriahkan Sambutan Hari Sabah

Lebih 10,000 pengunjung meriahkan Sambutan Hari Sabah

Read Time:46 Second

Kota Kinabalu : Lebih 10,000 masyarakat sekitar bandaraya Kota Kinabalu dan daerah berhampiran hadir memeriahkan sambutan Hari Sabah 2024 yang berlangsung buat julung kali di Padang Merdeka di sini semalam.

Sambutan yang bermula seawal jam 7 malam itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag bersama ahli Kabinet Kerajaan Negeri Sabah.

Pada sambutan itu, Tun Juhar turut menyempurnakan Pemasyhuran Sambutan Hari Sabah 2024 dan diikuti upacara menaikkan bendera Sabah dan gimik pelancaran.

Orang ramai yang hadir turut dimeriahkan dengan perarakan kereta berhias, konvoi merdeka selain persembahan hiburan yang dipersembahkan artis tempatan.

Terdahulu, Hari Sabah sebelum ini telah disambut tahun lalu di daerah Tambunan dan pada tahun ini sambutan itu dirai secara rasmi buat julung kalinya selepas ianya diwartakan Kerajaan Negeri pada Jun lalu. SABAH MEDIA / FOTO JAPEN SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular