HomeUtamaMayat lelaki dengan kesan tetakan di temui di Tawau

Mayat lelaki dengan kesan tetakan di temui di Tawau

Read Time:1 Minute, 16 Second

TAWAU: Mayat seorang lelaki berumur 33 tahun dengan kesan tetakan ditemui di dalam sebuah rumah disyaki telah dibunuh di Kampung Ranggu Cina, Batu 8, Jalan Apas dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten komisioner, Jasmin Hussin berkata, pada jam 11.30 pagi tadi (1 Sept) satu laporan polis telah diterima yang menyatakan seorang lelaki telah datang ke Balai Polis Inanam, Kota Kinabalu memberitahu adik lelakinya telah dibunuh di Kampung Ranggu Cina, Batu 8, Jalan Apas, Tawau.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Balai Polis Sri Indah, Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menuju ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pihak polis memaklumkan terdapat satu mayat lelaki dengan kesan tetakan ditemui di dalam sebuah rumah lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati terdapat kesan tetakan pada bahagian kepala dan badan mangsa dan kejadian bunuh berlaku kira-kira jam 8 malam semalam (31 Ogos),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Susulan penemuan mayat itu, Jasmin berkata, pihak polis kemudiannya berjaya menangkap suspek seorang lelaki berumur 31 tahun pada tengah hari tadi (1 Sept) dan menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek mendapati suspek merupakan warganegara asing yang bekerja sebagai buruh kasar di kebun di kawasan Kampung Ranggu Cina.

“Motif kejadian dipercayai salah faham antara mangsa dan keluarga suspek,” katanya.

Menurut Jasmin, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) akan dijalankan esok (2 Sept) di Mahkamah Majistret Tawau untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular