HomePendapatMahu Menang Di Sabah, PAS Dah Jadi Mat Jenin ?

Mahu Menang Di Sabah, PAS Dah Jadi Mat Jenin ?

Read Time:2 Minute, 58 Second

Oleh Muda Muhammad

Hadi Awang berkata PAS mahu menang di Sabah dalam ucapan perasmian Konvensyen PAS Di Kota Kinabalu pada 31 Ogos 2024

Berangan angan itu percuma, tidak perlu bayar. Itulah yang PAS buat semasa Pilihanraya Kecil di Kemaman, memberi angan-angan kononnya Shamsuri akan jadi Perdana Menteri daripada PAS. Angan-angan itu menjadi umpan undi. Terbukti umpan angan-angan ini menjadi dan PAS menang di PRK Kemaman.

Akhirnya setelah beberapa bulan menjadi Ahli Parlimen Kemaman, karakter sebenar Shamsuri tidak lah sampai ke mana pun. Dalam satu rancangan temubual Shamsuri telah mendedahkan karakter sebenarnya. Ramai tidak yakin Shamsuri boleh menjadi Perdana Menteri jika itulah wawasan, karisma dan cara percakapannya dalam siaran temubual itu.

Bila berjaya di Kemaman, PAS tahu angan-angan yang percuma ini boleh dijual lagi dan lagi. Maka PAS cuba menjualnya di Sabah. Jadi mereka menjual lah angan-angan bahawa PAS boleh menang di Sabah. Apa PAS ingat orang Sabah mudah terpedaya dengan angan-angan percuma PAS ini? Tidak semudah itu, politik di Sabah adalah politik lokal dan orang Sabah tidak suka cara kasar PAS dibawa masuk dalam kancah politik di Sabah.

“PAS mesti memperkasakan kedudukan di Sabah. Bagi melaksanakan perkara ini maka kita mesti menang di Sabah atau ada kerusi yang kita menangi. Sama ada kerusi kita atau kita ajak kawan-kawan parti lain yang bergabung bersama-sama dengan kita untuk menubuhkan kerajaan demi memerdekakan negara kita sepenuhnya tanpa bergantung dengan makhluk asing,” kata Hadi Awang dalam ucapan Konvensyen tersebut.

Minggu lepas, Hadi Awang menggelar dajjal. Minggu ini ada makhluk asing pula. Siapa makhluk asing yang dimaksudkan oleh Hadi Awang ini? Tidak sesuai sungguh dengan imej agama, kita menggelarkan orang lain dengan perkataan-perkataan yang tidak senonoh dan tidak elok. Agama tidak mengajar kita begitu.

Prestasi PAS di 8 kerusi parlimen di Sabah pada PRU14 pada 2018

PAS tidak melihat sejarah, orang Sabah sebenarnya telah menolak cara politik PAS. Semasa PRU14, PAS bertanding sejumlah 18 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen, PAS kalah kesemuanya. Bukan sekadar kalah semua, malah hilang deposit di keseluruhan kerusi. Ini bukti jelas, orang Sabah menolak sepenuhnya campur tangan parti luar seperti PAS di negeri Sabah.

Berdasarkan rajah di atas, PAS hanya dapat kurang daripada 10% jumlah undi di semua kerusi parlimen yang ditandingi, paling teruk di Semporna kurang daripada 2%. Walaupun PAS pada masa itu berkempen dan cuba menjelaskan bahawa mereka bukan penunggang agama dan sebagainya, tetapi orang Sabah sudah tahu perangai PAS yang sebenar.

Orang Sabah sudah melihat sendiri bagaimana teruknya PAS mentadbir negeri Perlis buat pertama kalinya, sampaikan hal sanggup mempergunakan nama institusi raja untuk mendapatkan duit. Orang Sabah sudah melihat sendiri teruknya PAS mentadbir negeri Kelantan dan Terengganu hinggakan pertumbuhan ekonominya perlahan dan membuat rakyat mereka sendiri kurang mendapat peluang pekerjaan.

Merdeka yang bagaimana PAS mahu bawakan di negeri Sabah? Sabah dan negara Malaysia sudah pun Merdeka sepenuhnya daripada penjajah. Tidak perlu lagi menjajah minda orang Sabah dengan angan-angan Mat Jenin PAS.

Bila sudah dapat jawatan seperti di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, PAS hanyut dengan angan-angan Mat Jenin itu. Mentadbir negeri pun entah ke mana, hanyut dengan angan-angan sahaja. Simpanlah angan-angan itu untuk pengikut PAS sahaja, hanya pengikut PAS yang percaya dan taksub dengan angan-angan yang dibawakan oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Hudud yang suatu ketika dahulu menjadi laungan keramat PAS, kini sudah sepi dan menjadi angan-angan sahaja. Padahal suatu ketika dahulu begitu kuat sekali laungan hudud itu. Itulah perangai PAS, bila dapat jawatan mereka tidur, lena dan nyenyak di kerusi itu. Terbuai dengan angan-angan yang mereka ciptakan untuk mendapatkan undi sebelum itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular